web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Bebaskan Aku’ Nukilan Yasin Sulaiman Selama Di Penjara

Penyanyi yang ditahan polis kerana memiliki pokok ganja di kediamannya, Yasin Sulaiman sempat berkarya di sebalik tirai besi Penjara Sungai Buloh dengan menghasilkan lagu bertajuk ‘Bebaskan Aku’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang ditahan polis kerana memiliki pokok ganja di rumahnya iaitu Yasin Sulaiman telah menulis sebuah lagu sewaktu dalam tahanan penjara Sunga Buloh.

Lirik lagu itu telah dikongsikan di akaun Instagram milik pelantun lagu Mimpi Laila itu beberapa hari yang lalu.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan di instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” tulis pemuat naik di bahagian kapsyen. 

Di bahagian komen kelihatan rakan-rakan selebriti seperti Faizal Tahir dan Bienda turut menitipkan kata-kata semangat dan doa buat Yasin. 

“Hanya Allah yang tahu doaku untukmu sahabat. Manusia hebat yang giat mendekatkan diri dengan Pencipta terhebat. Sungguh ingatanku padamu tak pernah tergugat. Aku tunggu harinya kita kembali bermaufakat,” tulis Faizal. 

Satu akaun beserta tanda pagar #SolidarityForYasin telah diwujudkan untuk mengumpul dana bagi membantu kos guaman Yasin.

Sebelum ini, keluarga Yasin telah mendapat kunjungan daripada YB Syed Saddiq yang prihatin dengan nasib yang menimpanya.

Baru-baru ini kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersodaliriti terhadap Yasin ketika menghadiri majlis Ucaptama Dan Perasmian Konvensyen Generasi Keadilan.

Sebutan kes Yasin akan didengarkan di mahkamah pada 18 Mei depan. Semoga kes ini akan diadili dengan sewajarnya. - Getaran, 13 Mei 2022

Gambar: Instagram Solidarity For Yassin 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN