Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Satu Penghormatan Bila Karya Lagu Raya S. Atan Diangkat DFP 

Buat julung kalinya, karya-karya lagu raya ikonik maestro – komposer muzik, S. Atan dipersembahkan dalam bentuk simfoni di DFP. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 5:15PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa kita sedar, hampir kebanyakan lagu raya lama hit, ikonik dan penuh nostalgia yang kita dengar dari waktu zaman membesar sebagai kanak-kanak, remaja dan sehinggalah ke saat ini adalah ciptaan maestro – komposer muzik, S. Atan. 

Selayaknya juga, Orkestra Filharmonik Orkestra (atau Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) mencetuskan sebuah konsert penghormatan kepada penerbit, komposer, penyusun lagu dan pemuzik legenda ini dalam konsert bertajuk ‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’ yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 14 Mei (Sabtu) ini, jam 8.30 malam. 

Sewaktu diwawancara, S. Atan mengakui tidak menyangka dia akan diberikan penghormatan yang setinggi ini. 

“Saya tidak pernah jual idea ini atau mengangkat diri saya dan karya-karya lagu saya kepada mana-mana pihak. 

“Namun pada waktu yang sama, saya juga pernah berharap agar ada orang yang mengangkat karya-karya saya. 

“Tapi, tidak sangka pula ia datang dengan cara begini. Bagi saya, konsert tribute di DFP ini adalah satu penghormatan yang cukup tinggi. 

“Bagi seorang karyawan muzik, apabila karya-karya muzik kita dipersembahkan dalam bentuk simfoni, ia adalah satu pencapaian yang cukup besar. 

“Bayangkan, apabila pemuzik luar profesional mainkan lagu Melayu kita dalam bentuk simfoni, ia juga adalah satu tahap muzik yang lebih tinggi,” katanya. 

Konsert ‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’ yang dipimpin konduktor muzik terkemuka, Ahmad Muriz Che Rose ini akan dijayakan tiga penyanyi hebat tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz. 

Berdurasi selama satu jam, konsert ini akan menampilkan 11 repertoire karya-karya lagu raya terbaik ciptaan S Atan. 

Antaranya adalah Salam Aidilfitri yang dipopularkan Jamal Abdillah, Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Dari Jauh Ku Pohon Maaf dan Balik Kampung (Sudirman Hj Arshad), Menjelang Hari Raya (Datuk DJ Dave), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Inang Aidilfitri (Sudirman dan Zaleha Hamid) serta Hari Mulia (Datuk Sheila Majid). 

Semua lagu yang dimainkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik dari Luqman Aziz, Jenny Chin, Ilham Subri, Gerard Salonga, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua dan Syed Sharir.

Ahmad Muriz pula berkata, ini adalah kali pertama, DFP mempersembahkan sebuah konsert yang mengangkat karya-karya lagu raya lama tempatan yang hingga kini masih malar segar sejak zaman-berzaman. 

“Kalau kita cakap pasal lagu raya, kita sebenarnya tidak pernah terfikir bahawa kebanyakan lagu itu adalah karya seseorang dan karya seseorang itulah yang bakal kita raikan di dalam konsert ini iaitu S. Atan. 

“Apa yang pasti, karya lagu-lagu raya S. Atan sememangnya cukup sinonim dengan kita. Jadi, kali ini, kita cuba tampilkan dalam bentuk simfoni. 

“Ada lagu yang kita cuba kekalkan susunan muzik asalnya, ada pula yang cuba kita berikan susunan muzik baharu. 

“Saya sendiri cukup teruja untuk bekerja dengan S. Atan dan semua penyanyi yang terlibat dalam menjayakan konsert ini dan S. Atan sendiri akan bermain akodian untuk beberapa lagu,” katanya. 

Menjelaskan lagi tentang repertoire konsert tersebut, Ahmad Muriz berkata, kalau hendak diikutkan S. Atan memiliki banyak karya lagu-lagu raya. 

“Saya kira hampir 70 peratus lagu raya lama yang ada adalah ciptaannya. Tapi, kita hanya memiliki durasi selama 1 jam sahaja untuk mempersembahkan konsert ini. 

“Ia memang suatu perkara yang agak mengecewakan. Atas sebab itu, kita terpaksa memilih karya lagu-lagu raya ciptaannya yang terbaik. 

“Untuk konsert ini juga, akan ada lagu yang dipersembahkan secara solo dan duet dan ada juga ditampilkan dalam bentuk instrumental,” katanya. 

Menurut Ahmad Muriz lagi, idea untuk mengetengahkan konsert ini datangnya menerusi perbincangan Ahli Lembaga Pengarah. 

“Salah seorang daripadanya adalah peminat S. Atan. Apabila kita cuba bincangkan idea itu dengan lebih lanjut, kita dapati memang S. Atan banyak mencipta lagu-lagu raya. 

“Sebelum ini, kita sentiasa memikirkan, apa yang belum pernah kita buat dan kita juga memang tidak pernah buat lagi sebuah konsert yang mengangkat lagu-lagu raya.

“Jadi, kenapa tidak kita angkat idea ini dan menzahirkan sebuah konsert penghormatan buat S. Atan,” katanya. 

Mengenai pemilihan Jay Jay menggantikan tempat Jatt iaitu vokalis Black Dog Bone untuk lagu 'Cahaya Di Aidilfitri', Ahmad Muriz berkata, Jatt menetap di Singapura dan mereka mempunyai kesukaran untuk membawanya ke Malaysia. 

“Kebetulan saya pernah bekerja dengan Jay Jay, saya tahu kemampuan dia dan dia mampu memberikan keadilan kepada lagu 'Cahaya Di Aidilfitri' yang diberikan nafas baharu ini,” katanya lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari www.dfp.com.my/cahayaaidilfitri. Tiket berharga: Premium: RM329, A Reserve: RM 219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109, Suite: RM526 & RM592.

Gambar: DFP 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

4

Muzik 5 bulan yang lalu

Noah Tidak Pernah Mengecewakan, Lebih 5,000 Peminat Terpukau Saksikan Konsert ‘Terakhir’

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 2 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 6 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran