Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Come Home the Kids Miss You' Sentuhan Terbaharu Jack Harlow Cetus Kontroversi

Album yang terdiri daripada 15 buah lagu ini bakal menampilkan kolaborasi bersama nama-nama besar industri muzik seperti Pharrell Williams, Lil Wayne, Drake, Justin Timberlake dan ramai lagi.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini penyanyi rap Jack Harlow telah mengumumkan album terbaharunya berjudul, 'Come Home the Kids Miss You' lewat satu hantaran di Instagram rasminya.

Album tersebut terdiri daripada 15 buah lagu dan menampilkan kolaborasi bersama nama-nama besar industri muzik seperti Pharrell Williams, Lil Wayne, Drake, Justin Timberlake dan ramai lagi.

“Saya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan nama-nama legenda ini. Perasaan gementar itu memang tidak dapat dikatakan.  Namun, saya tetap gembira dan teruja untuk berkongsi hasil kerja kami bersama peminat,” kata Jack Harlow menerusi satu siaran akhbar baru-baru ini. 

Dalam kesemua lagu yang disenaraikan, lagu berjudul ‘Dua Lipa’ telah menarik perhatian ramai orang malah menjadi bualan hangat di media sosial sehingga hari ini. 

Ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan antara kedua-dua pemuzik ini lebih-lebih lagi bila ia bukanlah sebuah ‘diss track’ seperti yang disangkakan. Disebaliknya, lirik lagu ini terdengar seperti sebuah lagu romantis.

Belum diketahui pasti mengapa Jack memberi judul lagunya itu, Jack melalui wawancara bersama The Breakfast Club mengaku bahawa dia sudah meminta izin daripada Dua Lipa sebelum mengeluarkan lagu tersebut.

Dalam lagu ’Dua Lipa’, Jack melantunkan betapa dia seorang peminat tegar dan besar Dua Lipa sejak debutnya sebagai seorang penyanyi. 

“Sebelum lagu ini dikongsikan kepada umum, saya pastikan untuk mendapat restu daripadanya terlebih dahulu. Saya tidak mahu menyinggungnya atau menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kita. 

“Ketika saya menelefonnya melalui FaceTime, saya sudah bertekad tidak akan melancarkan lagu tersebut jika Dua tidak mengizinkannya. Namun, setelah memainkan lagu tersebut dan memberi penjelasan, Dua ternyata tidak ada masalah dengan lirik dan judulnya. Malah memberi saya ‘green light’ dan restu dengan mudah,” jelasnya. 

Namun begitu, ramai di media sosial telah membuat spekulasi sendiri tentang situasi ini. Ada yang mengatakan lagu tersebut rancak dan menarik. Ada juga yang mengatakan bahawa Dua sebenarnya tidak menyukai lagu tersebut tapi tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya kepada Jack. 

Menariknya, album ini juga turut mengandungi single berjudul ‘First Class’ yang menggunakan adunan semula lagu ‘Glamorous’ oleh Fergie dan Ludacris sebagai latar muzik.

“Saya membesar dengan mendengar karya-karya Fergie dan dialah yang banyak membentuk gaya muzik saya sebagai seorang artis. Jika anda mendengar penulisan lirik lagu ini juga, saya turut memberi penghormatan kepada pelakon Angus Cloud kerana sangat memandang tinggi aktor itu,” tambahnya.

Untuk pengetahuan semua, Jack adalah peminat tegar Fezco yang dilakonkan oleh Angus dalam drama bersiri ‘Euphoria’. Katanya, dia masih menanti maklum balas daripada Angus dan ingin mengetahui apa pendapatnya tentang lagu tersebut. 

Bukan itu sahaja, video visualizer lagu ini turut menampilkan ramai bintang-bintang rap seperti DJ Drama, Lil Nasty X, Ashley Cole, Bryson Tiller dan ramai lagi dalam foto polaroid. 

Album terbaharu Jack Harlow berjudul 'Come Home the Kids Miss You' kini boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 11 Mei 2022

Gambar: Warner Music

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran