web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fly With Me – Firdaus Rahmat

Sungguhpun nama Firdaus Rahmat belum lagi sebesar rakan-rakan selabelnya, namun bakatnya memang tidak perlu dipertikaikan. Bijak menggubah lagu dan mempunyai suara yang baik Firdaus kembali lagi dengan sebuah karya berjudul 'Fly With Me'. Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Omar K, lagu ini sememangnya rancak, moden dan mengiburkan. Malah ia juga menjadi lagu buat runut bunyi asli drama 'Do You Love Me Captain'. Korus lagu ini yang mengulangi kata ‘Terbang’ berkali-kali ada harapan membantu menaikkan lagu ini. Namun jika ia tidak diberikan putaran radio yang wajar, saya rasa ia akan tenggelam begitu sahaja, seperti karya-karya Firdaus sebelum ini.

 

Topboi - Forceparkbois

Kumpulan hip hop terbaharu yang sedang mula mencuri perhatian muncul lagi dengan sebuah karya bertajuk Topboi. Dicipta oleh kumpulan Forceparkbois sendiri dengan lirik sentuhan Nakalness, Noel, Han Panas, Asset.Bo, Ch1k, Nish, dan Laws, Topboi mempunyai rentak muzik yang sepadan dengan lagunya. Namun setiap lagu pada saya sangat bertunjang pada korusnya, apatah lagi lagu-lagu hip hop yang biasanya perlukan kelainan di bahagian ini. Sayang sekali pada saya korus lagu ini tidak menyerlah dan nampaknya ia perlukan promosi yang lebih gah demi menjadi lagu yang akan diikuti oleh peminat genre ini. Seperti semua hasil muzik, ada eksperimentasi yang boleh atau perlu dilakukan setiap kali mencuba sesuatu yang baharu dan mungkin inilah salah satu eksperimentasi tersebut. Semoga percubaan mereka selepas ini lebih gah menarik.

 

Pulang  – Baby Shima

Satu kejutan yang agak menyenangkan muncul dari Baby Shima lewat lagu yang bertajuk 'Pulang' ini. Dicipta khas sempena perayaan Aidilfitri, lagu ini dicipta dan ditulis oleh A.Ramlee serta Ezra. Biarpun ia sebuah balada namun ia mempunyai susunan muzik yang lebih moden dan pada saya dibawa dengan baik oleh Baby Shima. Tidak seperti kebanyakan lagu raya yang yang suka menggunakan irama tradisional, Pulang menepati gaya balada pop moden masa kini dengan melodi yang kuat namun susunan muzik mudah dan tidak keterlaluan. Saya yakin lagu ini juga sebenarnya ada harapan menjadi lagu raya popular jika diberi kesempatan promosi sewajarnya.

 

Dian Lebaran – Alto Aura (menampilkan Hyrul Anuar & Nasyiba Sahari)

Lagu ini sebenarnya sudah lama dihasilkan namun ia di antara lagu raya dari Singapura yang mungkin tidak dikenali oleh rakan-rakan di Malaysia dan Brunei. Dicipta dan ditulis oleh Reyza Hamizan sepenuhnya, ia menampilkan penyanyi berbakat Hyrul Anuar dan Nasyiba Sahari sebagai vokalis utama. Sejujurnya, lagu ini sangat menghiburkan dan menepati segala ramuan yang perlu ada dalam sebuah lagu raya. Malah pada saya jika lagu ini dipromosikan di Malaysia, saya yakin ia mampu menjadi lagu popular setiap kali Aidilfitri menjelma. Bukan sahaja mempunyai rentak yang menghiburkan, elemen pop tradisional yang dimasukkan juga sangat sesuai dengan konsep lagu dan juga suara para penyanyinya. Semoga lagu ini tidak terbiar di Malaysia sahaja dan mampu melangkau seberang tambak Johor.  

 

Langkah – Bob Azrin

 

Sebuah balada indah menjadi taruhan kami dari Brunei Darussalam minggu ini. Dicipta sepenuhnya dan dinyanyikan oleh penyanyinya sendiri bernama Bob Azrin, lagu bertajuk 'Langkah' ini sangat mudah susunannya namun ada kekuatan tersendiri. Melodi lagu ini tidak semak dengan adunan aneka instrumen dan memberi banyak ruang kepada Bob untuk menyerlahkan vokalnya. Diiringi sentuhan piano yang mudah, suara merdu Bob mencuri perhatian sebaik sahaja melodinya dibuka. Satu lagi bukti bahawa sebuah lagu tak perlu rumit pembikinannya, malah gabungan unsur muzik yang mudah sudah cukup menjadikannya sebuah karya yang baik. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penyanyi Kontroversi Baby Shima Umum Mahu Bertanding Di PRN Mewakili Parti Bebas

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Baby Shima Saman PU Syed, Ketua Pemuda PAS Kuantan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN