web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cerita Patah Hati Kali Pertama Dalam Album Baharu Tomorrow X Together!

Dalam mini episod kali ini, pendengar akan merasai sendiri pengalaman bagaimana seorang lelaki putus cinta kali pertama.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 8:30AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya kita sudah ada lagu untuk menemani musim patah hati kita. Kumpulan Korea Selatan Tomorrow X Together baru sahaja melancarkan mini album keempat mereka bertajuk 'minisode 2:  Thursday’s Child' menerusi platform Spotify pada Isnin.

Apa yang menarik mengenai mini album kali ini ialah ia merupakan kesinambungan daripada kisah cinta seorang lelaki yang diceritakan dalam album sebelumnya, 'The Chaos Chapter'. 

Dalam mini episod kali ini, pendengar akan merasai sendiri pengalaman bagaimana seorang lelaki putus cinta kali pertama. Ada tiga tema yang diketengahkan iaitu benci, keserabutan, dan pengakhiran sesuatu perhubungan. 

Menariknya juga untuk album ini, Tomorrow X Together membawakan pelbagai jenis genre iaitu gabungan hardcore rock, hip-hop dan R&B.

Peminat berpeluang untuk melihat kandungan eksklusif mereka termasuklah komen peribadi ahli kumpulan ini di setiap lagu dan pandangan peribadi mereka sendiri mengenai lagu yang dimainkan melalui ruangan khas Enhanced Playlist

Album ini juga menyediakan beberapa klip belakang tabir Tomorrow X Together semasa mereka merakamkan lagu ini.

“Kami sangat teruja untuk mempersembahkan album terbaru ini kepada semua pendengar. Kami memang  bersungguh-sungguh menyiapkan album ini dan berharap pendengar boleh merasai setiap pengalaman belakang tabir pembikinan album ini yang kami sediakan khas untuk anda,” kata Soobin, selaku ketua kumpulan Tomorrow X Together.

Bukan itu sahaja, menurut Soobin juga, mereka semua berbincang  untuk menghasilkan album ini agar muziknya boleh menyentuh hati pendengar dan mengingatkan mereka dengan pengalaman putus cinta kali pertama masing-masing. Maka sebab itulah, album ini menjadi sangat peribadi dan dekat dengan setiap ahli kumpulan Tomorrow X Together.

“Kami berbual dari hari ke hati mengenai apa yang kami rasakan tentang lagu dalam album ini. Saya harap para peminat akan turut menyukainya. Saya juga sangat menikmati proses rakaman kerana saya mengimbau kembali perasaan dan bermain dengan emosi semasa menyanyikan lagu ini.

“Kami juga ada membuat rujukan seperti drama di televisyen untuk menghasilkan sebuah karya tentang patah hati. Apa yang boleh saya katakan, setiap orang akan datang dan pergi. Sepanjang menyiapkan album ini, saya berusaha untuk memahami dan merasai perasaan orang yang sedang patah hati.” kata salah seorang ahli yang lain, Beomgyu.

Pendengar boleh melayari platform penstriman Spotify untuk menikmati sendiri cerita patah hati melalui senarai lagu dalam 'minisode 2:  Thursday’s Child' ini. - Getaran, 11 Mei 2022

Gambar: Spotify
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN