web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GOT7 Buat ‘Comeback’, Peminat Anggap Ini Era Baharu Mereka!

Sempena sambutan ulang tahun kelab peminat mereka hari ini, GOT7 akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran album terbaharu mereka.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 8:41AM

Gambar: Soompi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya tahun 2022 menyaksikan lebih ramai selebriti Korea Selatan  membuat kemunculan semula setelah berehat panjang. 

Selepas keluarnya single terbaharu Big Bang dan persembahan 2NE1 di pentas Coachella, kini kumpulan GOT7 juga mengikuti jejak langkah yang sama.

Kumpulan yang dianggoti oleh tujuh orang ahli iaitu Jay B, Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam dan Yugyeom pernah mengumumkan keluar daripada syarikat naungan mereka, JYP Entertainment pada Januari tahun lalu. 

Berita itu kemudian memberi tamparan hebat buat peminat muzik Korea Selatan yang tertanya-tanya apakah langkah seterusnya kumpulan kesayangan ramai ini.

Namun ternyata GOT7 tidak membiarkan peminat merindukan mereka terlalu lama. Baru-baru ini mereka mengumumkan kemunculan semula beserta penjenamaan baru yang boleh dilihat melalui logo berwarna hijau kumpulan itu.

Bukan itu sahaja, mereka turut melancarkan media sosial terbaharu termasuklah Instagram, Tiktok, Twitter dan Youtube menggantikan platform sebelum ini yang diuruskan JYP Entertainment.

Tangkapan layar akaun Instagram terbaharu GOT7
Tangkapan layar akaun Instagram terbaharu GOT7

Hari ini, sempena sambutan ulang tahun kelab peminat GOT7 yang digelar Ahgase (singkatan bagi 'I GOT 7'), kumpulan itu akhirnya mengumumkan tarikh sebenar pelancaran album terbaharu mereka iaitu 23 Mei ini.

Kali terakhir GOT7 mengeluarkan lagu baharu adalah pada Februari tahun lalu sebelum meninggalkan JYP Entertainment dengan lagu bertajuk 'Encore'.

Mengintai laman sosial, rata-rata sudah tidak sabar menantikan jenis muzik yang bakal dibawakan oleh kumpulan tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengharapkan era kemunculan semula selepas keluar daripada JYP Entertainment ini akan menjadi masa yang lebih gemilang buat kumpulan itu.

Terdahulu, GOT7 pernah menduduki tangga pertama Billboard World Albums Charts menerusi lagu ‘Got It?’. 

Selain itu mereka juga pernah memenangi lebih daripada 50 anugerah daripada pelbagai anugerah terkemuka seperti Mnet Asian Music Award, Golden Disc Award Album Division, MTV Europe Music Award dan banyak lagi dalam pelbagai kategori. - Getaran, 10 Mei 2022

Gambar: Soompi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN