web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasan lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 2:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Zapin Lebaran' – Ernie Zakri  

Antara penyanyi terbaik masa kini, si ibu muda Ernie Zakri muncul dengan lagu raya terbaharunya yang berentak zapin berjudul 'Zapin Lebaran'.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Yuka Kharisma dan Ernie Zakri sendiri ini nampaknya ada peluang menjadi lagu yang bakal dimainkan tiap Lebaran berkat irama tradisionalnya yang mengasyikkan.

Selain suara hebat Ernie yang tidak perlu dipertikaikan lagi, korusnya pada saya ada kekuatan dan menepati formula lagu-lagu raya yang berjaya kekal dalam putaran radio kontemporari masa kini.

Biarpun ramuan seperti ini pernah dicuba oleh ramai artis lain, namun karya ini mungkin berpeluang menonjol lebih sedikit gara-gara kekuatan melodi dan penyanyinya.      

 

'Asal Jak Raya'  – Artis-artis Luncai Emas    

Biarpun dinyanyikan oleh para pendatang baharu, namun lagu raya ini satu percubaan yang baik oleh pihak Luncai Emas. Membariskan nama-nama segar seperti Shaiffulhan, Nazri Saidali, Apiz Paschya, Zuana Zulmat, Tyqa dan Ayien, lagu yang agak rancak ini dicipta oleh Shaiffulhan dan lirik ditulis oleh D'Lailah.

Kebetulan lagu ini juga mempertaruhkan unsur muzik zapin yang kerap menjadi pilihan dalam penghasilan lagu berkonsep pop tradisional.

Rentak muziknya yang menghiburkan serta suara-suara merdu para penyanyinya memungkinkan karya ini tersenarai dalam himpunan lagu raya moden masa kini. Semoga ia menjadi pembuka seni yang baik buat para pendatang baharu ini.

 

'Semangat Lebaran Kita'  – Wani Kayrie & Yonnyboii     

Satu kolaborasi yang bijak dan segar untuk sambutan Lebaran tahun ini. Karya berjudul 'Semangat Lebaran Kita' ini menyaksikan gabungan suara Wani Kayrie dan artis hip hop yang semakin meningkat naik, Yonnyboii.

Dicipta oleh Amy Bong dengan sentuhan lirik Amy Bong, Bab Imagi, Amirul Aswad serta Azlin Abu Bakar, lagu ini menampilkan sesuatu yang agak berbeza dengan adanya unsur hip hop dalam lagu hari raya.

Biarpun ada lagu raya yang cuba menampilkan konsep yang sama, namun tidak banyak yang benar-benar berjaya menjadi lagu raya malar segar.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna lagu ini tidak baik kerana ia sebuah karya yang berkualiti cuma ia perlu bersaing dengan banyak lagu moden lain yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Namun suara Wani yang merdu dan gaya rap Yonny mungkin dapat membuat kejutan kali ini. Kita nantikan.

 

'Ku Lepaskan' – Iman’s League 

Lagu berjudul 'Ku Lepaskan' oleh kumpulan Iman’s League menjadi karya pilihan saya dari Singapura minggu ini.

Berentak punk rock, ia mengingatkan saya kepada lagu-lagu alternatif antarabangsa yang pernah mendominasi era hujung 90-an dahulu. Malah susunan muzik lagu ini juga ada imbasan seperti karya nyanyian kumpulan Bunkface dan yang sewaktu dengannya.

Lagunya menghiburkan, tidak berlebihan dan pada saya satu projek yang berjaya. Tanpa perlu melampaui batas, petikan gitar dan ketukan dram yang mantap dalam 'Ku Lepaskan' mampu membangkitkan unsur rock moden dengan baik.

Korusnya yang mudah juga pada saya menjadi satu kelebihan lagu ini. Kesimpulannya, ia wajar diberi peluang di corong-corong radio Melayu selain Singapura. 

 

'Alamat Hati' – Mu’iz Bakar

Sebuah lagi karya dari Brunei Darussalam mencuri perhatian saya minggu ini. Lagu berjudul 'Alamat Hati' dendangan Mu’iz Bakar ini sangat menyenangkan.

Dicipta dan ditulis oleh Ezeuone serta EE Studio lagu ini digubah dengan baik mengikut vokal penyanyinya yang sememangnya sangat merdu.

Malah ada bibit-bibit lagu ini yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu nyanyian penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng berkat susunan muzik serta gaya nyanyian Mu’iz.

Korusnya juga sangat menghiburkan dan selepas diulang beberapa kali, saya yakin ia mampu meninggalkan kesan selain diingati oleh para pendengar.

Pemilihan judul lagunya juga pada saya sangat bijak dan berjaya digarap di dalam lirik lagu dengan begitu bernas. Saya harap muzik Mu’iz dapat merentas negaranya dan dinikmati oleh rakan-rakan senusantara berdekatan.

Syabas Mu’iz dan pihak penerbitan. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN