web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Search Muncul Dengan Single Baharu 'Endemik', Intro 2 Minit 

'Single' yang mempunyai dua genre muzik yang berbeza iaitu 'Endemik 1' dan 'Endemik 2' ini juga bakal dipersembahkan dalam 'Konsert Search Endemik' di Zepp Kuala Lumpur pada Jun ini. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 7:15PM

Gambar: Diambil Menggunakan Poco

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak memulakan perjalanan kerjaya muzik secara serius dalam industri muzik tanah air dan dunia rakaman suara pada 1985, Search memang cukup gemar mencipta sejarah mereka sendiri. 

Selepas menyatu semula dengan gabungan asal yang membariskan Suhaimi Abdul Rahman atau Amy selaku vokalis, Hillary Ang (gitaris), Man Kidal (Gitaris) dan Nasir Daud (bassist) mereka bakal menjayakan konsert berskala besar yang dinamakan 'Search Endemik' pada Jun ini.

Gambar: Diambil menggunakan Poco
Gambar: Diambil menggunakan Poco

'Konsert Search Endemik' yang dianjurkan LOL Asia ini bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur iaitu sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di ibu kota sebagai lokasi konsert.

“Kami sangat teruja untuk menjayakan konsert ini. Ia adalah konsert berskala besar pertama kami setelah sekian lama dan selepas kami menyatu semula. 

“Apa yang menarik, kami juga akan menjadi artis rakaman tempatan pertama yang bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur.

“Berpeluang mengadakan konsert di lokasi tersebut adalah suatu penghormatan yang besar buat kami kerana ia mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa. 

“Kalau kita main muzik dari dalam, sedikit bunyi pun kita tidak akan dapat dengar daripada luar dan mempunyai beberapa ruang kamar yang bercita rasa tinggi,” kata Amy.

Amy bersama anggota Search yang lain ditemui di Majlis Berbuka Puasa bersama Search di Restoran Roti D’ Tandoor di Jalan Ampang, petang semalam. Majlis itu turut meraikan anak-anak tahfiz daripada sekolah tahfiz milik Amy sendiri iaitu Al Bayan School Of Quran & Hadith. 

Menjayakan 'Konsert Search Endemik' itu juga ada kaitannya dengan dua single baharu berjudul, 'Endemik 1' dan 'Endemik 2' yang kini sedang menanti proses mastering dilakukan. 

“Sewaktu pandemik melanda dunia, kita semua telah kehilangan pendapatan dan sekarang ini, kita sedang memasuki fasa endemik. 

“Dengan kewujudan kedua-dua single yang cukup menepati situasi semasa sekarang ini dan kita perlu menghasilkan satu tanda aras baru dan melakukan sesuatu kelainan dan konsep baharu dalam showbiz dan industri muzik tanah air,” kata Amy lagi. 

Menjelaskan tentang kedua-dua single baharu itu, Amy berkata, 'Endemik 1' adalah sebuah lagi lagu yang dihasilkan dengan tempo yang pantas, manakala 'Endemik 2' pula lebih kepada genre balada dengan intro lagu selama dua minit. 

“Lagu ini dicipta oleh seorang komposer muda daripada Sabah dan menggunakan penyusun lagu dari Jepun di mana ketika ini, proses mixing sudah pun siap dibuat. 

“Sekarang ini, kita sedang menunggu jawapan daripada pihak United Kingdom untuk proses mastering dilakukan.

“Kedua-dua single ini sudah cukup untuk memperlihatkan, ini adalah kami pada hari ini. Kami cuba hasilkan sesuatu yang baru, namun cuba kembali kepada gaya lama dengan menghasilkan lagu yang berdurasi 6 hingga 7 minit. 

“Ramai artis-artis luar yang sudah kembali dengan konsep pembuatan lagu sebegitu dan ia dapat memberi peluang kepada Search untuk berkarya dan mengetengahkan skil dan pengalaman kami  sepanjang berada di dalam industri ini,” katanya. 

Kedua-dua lagu, 'Endemik 1' dan 'Endemik 2' diterbitkan sendiri Search bersama Rozan yang bertindak sebagai produser bersama. 

“Tentang pengedaran kedua-dua single ini, kita masih lagi berbincang dengan beberapa label rakaman. Siapa yang benar-benar menaruh minat dan mampu memberikan tawaran yang baik, itulah yang akan menjadi pilihan kami.

“Tapi, apa yang penting di sini ialah kita mahu pastikan bahawa kita menghasilkan suatu bahan yang baharu di dalam lagu yang bersesuaian dengan keadaan semasa. 

“Kita tidak mahu lagi terperangkap dengan komposisi lagu era 80-an dan 90-an. Sebab itulah kami gunakan khidmat komposer muda.

“Kemudian kami gunakan pengalaman yang ada untuk membuat susunan muzik bagi kedua-dua lagu ini bagi mengetengah nuansa dan bunyian Search itu,” kata Nasir pula. 

Pada majlis berbuka puasa ini juga, Search turut memperkenalkan Joy iaitu pemain drum baharu mereka yang bakal menggalas tugas Allahyarham Yazit Ahmad serta beraksi di 'Konsert Search Endemik' nanti. - Getaran, 27 April 2022 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN