web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Broken Memories': Cara Jamie Miller Berbagi Kesedihan

Merangkumi pelbagai emosi, Jamie lebih berani menampilkan sisi yang melebih asli dalam EP terbaharunya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 3:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jamie Miller kembali dengan EP terbaharunya berjudul Broken Memories untuk berbagi kisah cinta dan kesedihannya bersama para peminat selepas ditinggalkan.

“EP ini bermula dengan suasana gembira namun diakhiri dengan nada yang sedih untuk menunjukkan emosi saya selepas ditinggalkan oleh orang tersayang. Saya rasa sesiapa yang mendengar EP ini boleh membuat kesimpulan bahawa saya seorang yang kurang bernasib baik dalam bab bercinta kerana selalu sahaja patah hati.

“Mungkin sebab saya seorang hopeless romantic dan selalu mengharapkan sesuatu yang sukar untuk didapatkan,” katanya dalam sesi temu ramah eksklusif bersama Getaran baru-baru ini.

Disebalik penampilannya di media sosial, Jamie sebenarnya seorang yang suka berjenaka. Menurutnya, dia akan menjadi kaku setiap kali berada didepan kamera malah sering membisu jika berada dalam suasana yang baharu.

“Tak ramai yang tahu bahawa saya seorang yang suka buat orang ketawa. Ramai yang melihat saya sebagai seorang yang berfikir berlebihan (overthinker),  dan mudah beremosi (uptight) berdasarkan hantaran Twitter yang dikongsikan. Betul apa orang kata. Tak semua yang kita lihat di internet betul-betul menggambarkan identiti kita yang sebenar,” jelasnya.

Turut menjadi sebahagian EP ini adalah single terbaharunya, ‘Last Call’ yang merupakan hasil penulisan penyanyi ini bersama Cal Shapiro, Nevin Sastry, dan Hayden Robert Hubers. Bercerita lanjut, Jamie sempat berkongsi proses penulisan single ‘Last Call’.

“Saya ingin menggambarkan perasaan nostalgia jatuh cinta dan diinginkan oleh seseorang.

“Saya menulis lagu ini pada saat saya dilamun cinta dan ingin mengabdikan perasaan tersebut,” ujarnya.

Dibuka dengan alunan piano yang tenang dan suara Jamie yang merdu, terdengar romantis tapi juga emosional. Lagu ballad ini dikemas dengan gabungan unsur pop dan rock serta beberapa bahagian yang mengusung genre soul serta folk. Pada pertengahan lagu ini, rentak muziknya menjadi lebih rancak dan disertai dengan petikan gitar dan bunyi elektronik.

Menariknya, lagu ini hadir dengan sebuah video muzik karya Andrew Sandler, sutradara yang pernah menggarap video muzik artis-artis besar seperti Justin Bieber dan Nicki Minaj.

Berkongsi lebih mengenai EP ini, Jamie berkata lagu kegemarannya adalah ‘It Is What It Is’ kerana menampilkan sisinya yang berbeza.

“Mungkin ramai akan terkejut dengan versi ini sebab tidak biasa dengan versi Jamie ini. Ya, saya juga manusia dan mempunyai perasaan sama seperti orang lain. 

“Jadi tak salah untuk mengekspresikan perasaan marah dan kecewa terhadap sesuatu,” tambahnya lagi.

Sebelum mengakhiri temu bual ini, Jamie berharap agar para pemuzik muda dapat mempelbagaikan lagi industri muzik dengan bakat mereka. 

“Jangan risau jika anda membawa muzik yang berbeza. Kita perlukan kepelbagaian dan muzik yang unik. Itu yang membuat kita lebih menyerlah dan berbeza. Percaya pada diri dan ketentuan Tuhan kerana semua sudah diatur dengan baik.”

EP terbaharu Jamie Miller, 'Broken Memories' kini boleh didengar di semua pelantar muzik seperti Spotify dan Apple Muzik. - Getaran, 27 April 2022

Gambar: Warner Music 


 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN