web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wah, Ada ‘Hint’ Kumpulan BTS Datang Malaysia!

Ini bukan kali pertama Tony Fernandes menyatakan berita kedatangan BTS ke Malaysia, harapnya kali ini ia jadi kenyataan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:41AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ARMY Malaysia tidak keruan apabila video TikTok Tony Fernandes yang kurang daripada lima saat itu meledak dan menjadi perbincangan hangat di laman sosial.

Dalam video berkenaan, Tony yang juga merupakan pengasas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menjawab persoalan warganet, adakah kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS akan datang ke Malaysia. 

Tony menjawab, “Saya agak yakin BTS akan datang ke Malaysia tidak lama lagi,”

@tonyfernandesairasia

Reply to @lea_glosss Who is your favorite member of BTS and WHY? Comment below and I will read your answers. Best one gets a gift from me #bts #btsarmy? #btsforever #bts_official_bighit #btsedit

♬ Butter - 방탄소년단 (BTS)

Video berkenaan kemudian dibanjiri lebih daripada seribu komen dan menerima pelbagai reaksi.

“Tuan, kalau jadi boleh beritahu awal-awal tak tarikhnya? Saya nak kumpul duit,” kata seorang pengguna.

“Harap-harap ia jadi kenyataan,” kata komen yang lain.

“Akhirnya! Saya dah tunggu dari tahun 2013,” tulis pengguna bernama @thv

Terdahulu, sekitar tahun 2019, Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu, Syed Saddiq pernah menyatakan hasrat untuk membawa BTS ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia. 

Dalam fasa rundingan itu, Tony Fernandes selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kemasukan kumpulan itu ke Malaysia yang turut menjadi sebahagian daripada KPI beliau.

Namun tiada sebarang khabar berita  diterimanya selepas itu.

Bahkan pada tahun 2018 juga, Tony pernah memberikan khabar yang sama dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi miliknya namun hajatnya itu belum kesampaian.

Untuk rekod, kumpulan itu pernah mengunjungi Sabah pada tahun 2015 untuk satu sesi penggambaran. - Getaran, 25 April 2022

Gambar: Instagram bts.bighitsofficial

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN