web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Armani Entertainment Giat Cungkil Bakat-Bakat Baharu Pelbagai Bidang

Armani Entertainment mula beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun lalu dengan menampilkan 18 bakat-bakat baharu yang masih hijau untuk memeriahkan segmen pasaran Melayu.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 12:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak berhasrat untuk menjadi pesaing kepada mana-mana pihak, label muzik dan syarikat pengurusan artis baharu, Armani Entertainment Group (AEG) sebaliknya mahu mewujudkan persaingan yang sihat serta menawarkan sesuatu kelainan baharu dalam industri muzik menerusi bakat-bakat serta produk-produk di bawah jenama mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Dato KK Chua berkata, label dan syarikatnya itu sangat komited untuk mencungkil, menggilap serta mengetengahkan bakat-bakat baharu ini.

"Saya percaya kita perlu beri peluang kepada bakat-bakat baharu ini untuk menonjol. Bagus kalau ada bakat-bakat baharu ini. 

“Risiko memang ada kerana mereka orang baharu dan masih tidak begitu dikenali ramai. Tapi, kita juga sanggup mengambil risiko ini. Kalau peluang pertama tidak menjadi, kita akan cuba beri peluang yang seterusnya. 

“Kalau kita tidak pupuk minat dan bakat anak-anak muda ini, bagaimana industri kita hendak berkembang. 

“Takkanlah kita mahu ketengahkan bakat yang sama sahaja saban tahun. Industri ini perlukan bakat yang lahir daripada baka-baka baharu yang lebih pelbagai,” katanya dalam satu majlis berbuka puasa anjuran AEG di Hotel Hilton Kuala Lumpur.

Majlis Berbuka Puasa ini juga diadakan sebagai suatu usaha untuk memperkenalkan barisan bakat-bakat baharu yang bernaung di bawal label muzik dan syarikat pengurusan acara ini. 

Menurut Chua lagi, Armani Entertainment mula beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun lalu dengan menampilkan 18 bakat-bakat baharu yang masih hijau untuk pasaran segmentasi Melayu di dalam industri ini. 

“Ia memang suatu tindakan yang berani, lebih-lebih lagi pada situasi keadaan ekonomi yang masih tidak menentu. Tapi, kita percaya, ramai yang menantikan konsep lagu yang baharu. Jadi, kemunculan Armani Entertainment sebetulnya adalah pada waktu yang tepat.

“Kesemua 18 bakat-bakat baharu yang diperkenalkan ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam pelbagai bidang dan cabang seni iaitu nyanyian, lakonan serta pengacaraan. 

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, menambahkan lagi bakat-bakat baharu sehingga 40 orang, meluaskan lagi empayar di rantau ini serta menjadikan ia syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Kuala Lumpur,” katanya. 

Chua juga memberitahu bahawa labelnya turut bertanggungjawab menjadi wakil dan penasihat profesional bagi pemuzik, penyanyi dan pelakon. 

“Selain itu, kita juga bertindak sebagai Platform Selebriti Profesional yang memberi jaminan, pulangan modal konsisten dengan menyediakan platform ke dunia hiburan bagi individu berbakat dan berperwatakan menarik.

“Bahkan, kita juga bertindak sebagai syarikat produksi yang terlibat dalam penghasilan video berkonten untuk TV, media sosial, promosi korporat, iklan dan lain-lain media,” katanya. 

Chua percaya, sesebuah label muzik dan syarikat pengurusan artis perlu tampil dengan suatu kelainan buat bakat baharu mereka.

“Sebagai contoh, kita cuba ketengahkan genre muzik cha cha menerusi single bertajuk Cha Cha Cinta yang dinyanyikan Yunadia. 

“Dalam lagu Cha Cha Cinta, kita cuba perkenalkan genre cha cha. Kita cuba tambahkan warna dan kelainan di dalam industri kita menerusi genre, susunan muzik dan bakat baharu yang ditampilkan. 

“Sebenarnya untuk memastikan kejayaan seorang bakat baharu dalam bidang nyanyian, ia  tidaklah sesukar mana. Ia hanya memerlukan sebuah lagu yang benar-benar hit dan meletup. Kemudian yang lain akan datang dengan sendiri,” katanya. 

Pada majlis sini juga, Armani Entertainment turut memperdengarkan beberapa single daripada bakat-bakat baharu mereka iaitu 'Jangan Sampai Mati' daripada Hasif Upin, 'Cha Cha Cinta' (Yunadia), Shauqi Daniel ('Kekasih Simpananmu'), Emmer Bakri ('Fantasia')  serta lagu raya istimewa, 'Nostalgia Raya' yang dipersembahkan Hasif Upin dan Yunadia secara duet. 

Gambar: Diambil menggunakan Poco
 

Berita Berkaitan

1

Karier 4 tahun yang lalu

Anne Mukhtar: Bekerja Dengan Produk Manusia Adalah Suatu 'Adventure' 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN