web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alec Benjamin Atasi 'Anxiety' Dalam (Un)Commentary

Album ini menampilkan 13 buah lagu yang bercerita tentang pandangan Alec terhadap topik gangguan kebimbangan dan keraguan diri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 3:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dari dunia busking ke pentas mainstream, Alec Benjamin adalah antara artis muda yang sedang mengorak langkah dalam arena muzik. Meskipun baharu sahaja menempa nama dalam industri hiburan, single duet bersama Alessia Cara, berjudul ‘Let Me Down Slowly’ telah menembusi beberapa carta muzik dan mula menarik perhatian orang ramai.

Kini, Alec Benjamin mempertaruhkan buah tangan terbaharunya berjudul '(Un)Commentary' khas buat mereka yang sedang melalui fasa sedih.

Pada Mei 2020, penyanyi ini berkongsi tentang  perjuangannya berdepan penyakit gangguan kebimbangan (anxiety) berikutan pelancaran album sulungnya 'These Two Windows'. Setelah hampir dua tahun, Benjamin berkata keadaan mentalnya semakin baik.

“Tajuk album ini adalah gabungan antara perkataan ‘uncommon’ dan ‘commentary’. Ia menampilkan 13 buah lagu dan bercerita tentang pandangan saya terhadap topik keraguan diri serta apa yang bermakna dalam hidup saya.

“(Un)Commentary ditulis berdasarkan persoalan yang sudah lama bermain dalam fikiran saya sepanjang pandemik ini. 

“Keadaan dunia kini banyak membuat generasi muda mempersoal masa depan dan kebolehan mereka dalam mencapai impian. Ramai daripada kita menghadapi tekanan lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial. Ia seumpama memaksa kita berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan kejayaan dan kegembiraan yang abadi. 

"Ya, tak salah tapi semua itu akan membuat kita gelisah jika kita gagal mencapainya. Malah ia mampu membuat kita menjadi seorang yang negatif, egois dan mementingkan diri,” katanya.

Tidak dinafikan, Alec bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat, tetapi seni berceritanya juga mampu membuat sesiapa sahaja terpesona. 

Walaupun bijak menulis kata-kata manis berbentuk lagu, Alec berkongsi bahawa dia bukanlah seorang yang suka bercakap dan mudah bergaul dengan orang ramai. 

“Saya seorang yang pemalu dan sering berasa jangkal jika berada dalam kalangan orang ramai. Kerana itu, saya rasa penulisan lagu adalah cara terbaik untuk mengungkap perasaan dan isi hati yang sebenar.

“Selain itu, saya sering berasa kekok setiap kali berdiri di depan kamera. Jadi, kebanyakan muzik video saya hanya menampilkan suara saya sebagai latar belakang,” jelasnya.

Ketika masih remaja, Alec mempunyai sebuah siri video di YouTube di mana dia bertanya kepada orang ramai sama ada mereka boleh menyanyikan lagu yang ditulis. Dalam satu video, Alec memberanikan diri untuk menyanyi dihadapan seseorang yang berpakaian seperti Pennywise, walaupun dia sangat takut dengan badut.

Alec berkata dia sangat memandang tinggi artis seperti Eminem, John Mayer dan Paul Simon kerana pengaruh mereka banyak membentuk dirinya sebagai seorang artis. Impiannya akhirnya menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk mengadakan persembahan bersama John Mayer di Teater El Rey Los Angeles. 

Alec Benjamin membuktikan bahawa sesiapa saja mampu menggapai bintang jika mereka percaya pada diri. Album terbaharunya '(Un)Commentary' kini boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 20 April 2022

Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Akui Gunakan Bahasa Kasar, Kaka Azraff Tuntut Penjelasan 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN