web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DFP Mempersembahkan Lagu Raya Ikonik Ciptaan Komposer S. Atan 

Lagu-lagu raya ciptaan S. Atan seperti 'Cahaya Aidilfitri', 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' dan 'Salam Aidilfitri' akan dipersembahkan Datuk Jamal Abdillah, Azlina Aziz dan Jay Jay. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sepi tanpa konsert dan persembahan yang mampu memartabatkan seni dan budaya Kuala Lumpur, akhirnya ia kembali bernyawa semula dengan program-program menarik untuk musim 2022. 

Bermula Mei ini, MPO akan meraikan suasana perayaan Aidilfitri dengan memberikan penghormatan kepada salah seorang komposer legenda Malaysia, S. Atan, di dalam konsert bertajuk ‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’ pada 14 Mei 2022, jam 8:30 malam.

Dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose, ‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’ yang dipersembahkan MPO bakal menampilkan artis-artis legenda Malaysia seperti Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz dengan penyampaian simfoni lagu-lagu raya ikonik ciptaan S. Atan seperti 'Cahaya Aidilfitri', 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf', 'Joget Hari Raya' dan 'Salam Aidilfitri'.

Bagi peminat-peminat R&B dan hip-hop tempatan pula, pasti mereka akan teruja apabila Ruffedge beraksi buat julung kalinya di DFP pada 2 Julai, jam 8.30 malam. 

Konsert yang dinamakan Ruffera ini akan membawa peminat-peminat tegar Ruffedge untuk mengimbau semula lagu-lagu hit mereka seperti 'Tiada Lagi Cinta', 'Bila Rindu', 'Tipah Tertipu', 'Lemas' dan 'Da Bomb'.

Kemunculan penyanyi pop legenda, Datuk Aishah dalam konsert solonya, 'Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous', pasti dinanti ramai. 

Konsert yang dipersembahkan bersama MPO serta dipimpin Ahmad Muriz Che Rose itu bakal diadakan pada 6 Ogos 2022, jam 8:30 malam. 

Dalam konsert yang julung kali diadakan ini, Aishah bakal mempamerkan vokal hebatnya dengan nyanyian lagu-lagu popular seperti 'Seloka Rindu', 'Fatwa Pujangga', 'Kemaafan Dendam Yang Terindah', 'Janji Manismu' dan 'Camar Yang Pulang'. Kesemua lagu yang dipersembahkan Aishah itu akan diberikan nafas simfoni baharu oleh MPO.

Kesemua konsert yang disebutkan ini pernah dijadualkan untuk dipersembahkan pada musim 2020 konsert DFP sebelum ini tetapi terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19. 

Namun, ia dianjurkan semula disebabkan sokongan dan permintaan peminat-peminat yang mahukan konsert-konsert ini diteruskan. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert-konsert menarik ini, hanya di DFP! Untuk maklumat lanjut mengenai konsert-konsert ini, layari laman web DFP. - Getaran, 14 April 2022

Gambar: DFP 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Afgan Sekali Lagi Bakal Bikin Konsert Di Malaysia, Kali Ini Bersama Iringan Muzik MPO

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Masih Giat Bikin Lagu Raya Di Usia 74 Tahun, S Atan Tunaikan Permintaan Raja Pop Jamal Abdillah 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN