web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kumpul Pahala Bersama Suria FM Ramadan Ini

Suria FM mengambil insiatif untuk menyajikan para pendengar dengan program-program yang berkonsepkan kumpul pahala sempenan bulan Ramadan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen radio terkenal, Suria FM memperkenalkan pengisian khas dan menarik bertemakan Kumpul Pahala sepanjang Ramadan ini. 

Pengisian ini merangkumi program ilmiah, program berbentuk hiburan, shorties juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM selain boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran YouTube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Bersesuaian dengan konsep itu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini,” kata Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin). 

“Suria FM begitu menitikberatkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat dan pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital.” tambah DJ Lin. 

Antara pengisian Kumpul Pahala adalah :

Tadabbur Suria bersama Quran Humaira 

Tarikh: 4 April – 29 April 2022 

Episod: 11 Episod

Rahmat seribu bulan, indahkan bersama Quran Humaira. sedekad menemani anda. 

Bersama Ustaz Don Daniyal dalam menafsir, memahami maksud ayat dan mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran sepanjang Ramadan ini. 

30 Hari Mencari Cinta Ilahi 

Tarikh: 4 April – 3 May 2022 

Episod: 30 Episod

Dengarkan perkongsian Ustazah Datuk Dr Nurhafizah mengenai topik-topik berkenaan mencari cinta Allah SWT di dalam bulan Ramadan. 

Kotak Infaq Ramadan 

Beli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infak Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Kotak Pahala mempunyai barangan seperti sejadah, pelitup muka, kurma, hand sanitizer dan tasbih.  

Setelah sebulan fokus mengumpul pahala, raikan bersama ahli keluarga kegembiraan Raya ini dengan pengisian menarik dan terbaharu seperti drama raya dan muzik video Raya terbitan Suria Malaysia.  

Ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan dan Raya ini. Gunakan #KumpulPahala #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial. - Getaran, 13 April 2022.
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN