web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Twenty One Pilots Bawa Pengalaman Konsert Terus Ke Layar Lebar.

Duo ini membawa penonton ke sebuah dimensi imaginasi kreatif menerusi visual persembahan seperti lukisan naga di kulit album. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 2:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tentunya nama Twenty One Pilots tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah berkembang menjadi salah satu figura muzik alternatif paling popular di dunia. 

Tahun lalu duo ini telah melancarkan sebuah album combeback berjudul 'Scaled and Icy' setelah lama menyepi dari dunia hiburan.

Untuk pengetahuan semua album ini dikatakan telah terhasil sepanjang lockdown dan banyak menceritakan emosi, keraguan dan kesepian yang telah dihadapi oleh duo ini.  

Justeru itu Twenty One Pilots ingin menghadiahkan sesuatu dokumentari konsert yang sangat personal dan menarik buat semua peminatnya di seluruh dunia. 

Menurut Twenty One Pilots, pandemik ini telah banyak mengubah rutin kita malah berasa ‘jauh’ daripada satu sama lain. “Kita  tidak boleh lagi menikmati apa-apa yang melibatkan ramai orang dalam satu ruang kerana bimbang virus ini menjangkiti orang lain.

“Walaupun kita semua terbatas dalam satu tempat dan ruang, kami tidak mahu ia menjadi penghalang untuk kami terus berkarya dengan menggunakan alternatif lain,” kata Twenty One Pilots.

Justeru itu mereka ingin membawakan pengalaman konsert terus ke layar lebar agar semua dapat berkongsi kegembiraan menghadiri sebuah konsert walaupun secara virtual. 

Pengalaman penstriman langsung ini bakal menampilkan persembahan konsert 'Scaled and Icy' dan klip-klip eksklusif yang tidak pernah lagi dikongsikan kepada khalayak. Selain itu, ia juga mengandungi video belakang tabir proses pembikinan album tersebut dan karya-karya kegemaran mereka sebelum ini.

Hanya ditayangkan pada satu malam sahaja (19 Mei 2022), dokumentari di bawah arahan Jason Zada ini bakal memberikan pengalaman yang memukau.

“Album ini merupakan album pertama yang dikeluarkan setelah kami hilang dari radar tiga tahun lalu. Jadi, ia sangatlah signifikan dan penting buat kami untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain.

“Kami ingin membawa penonton ke sebuah dimensi imaginasi kreatif menerusi muzik dan persembahan seperti lukisan naga di kulit album kami.

“Naga ini mewakili tiga perkara, iaitu inspirasi, ketakutan dan keajaiban. Oleh itu kami ingin memberikan sesuatu perasaan yang ajaib dan luar biasa seperti itu,” tambah Twenty One Pilots.

Menurut siaran akhbar, penstriman secara langsung ini bakal ditonton oleh peminat daripada 40 buah negara di seluruh dunia.

Tiket untuk dokumentari ini mula dijual pada 15 April ini di laman web rasmi Twenty One Pilots. Tayangan encore pula bakal disiarkan pada 22 Mei 2022 di beberapa negara terpilih.

Jika anda berminat, jangan lupa ikuti profil Instagram atau Twitter mereka untuk mendapatkan berita terkini. - Getaran, 13 April 2022

Gambar - Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN