Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


'Desire', Mengajak Semua Menghargai Diri 

Semua orang berhak merasai percintaan dan kebahagiaan yang ikhlas serta sempurna. Jika tidak, ia akan memusnahkan jiwa dan membuatkan kita derita berpanjangan. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah muncul dengan beberapa single sebelum ini, karier Khodi dalam bidang muzik semakin bersinar dan mendapat perhatian ramai penggemar muzik tempatan. 

Menceburi bidang nyanyian sejak umur 12 tahun, Seri Khodijah Kamarul Bahrin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Khodi bukan sahaja seorang penyanyi tetapi juga seorang komposer muzik. 

Gemar menghasilkan karya yang tepat dengan jiwanya, Khodi kini menghadiahkan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Desire’.

“Menariknya, proses penulisan lagu ini tidak rumit dan memakan masa yang panjang. Malah hanya dihasilkan dalam tempoh dua hari sahaja. Mungkin sebab saya seronok menuliskan lagu ini sehingga apa-apa yang terlintas di fikiran mudah untuk disampaikan dengan kata-kata.

“Saya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan perkataan yang tepat untuk menggambarkan emosi saya kerana semua datang dengan semula jadi.”

Semestinya, pencapaian itu cukup menggembirakan mana-mana penyanyi mahupun komposer kerana proses berkarya sepantas itu bukannya senang dan datang selalu,” jelasnya.

Bagi Khodi, dia menganggap dirinya bertuah kerana ilham lagu ini hadir dengan mudah dan natural.

“Sejujurnya, walaupun lagu ini dimainkan sejuta kali sekalipun, saya tak pernah merasa bosan dan teragak-agak untuk menukar susunan lagu ini. 

“Boleh dikatakan saya memang betul-betul jatuh cinta dengan ‘Desire’ dan perasaan itu sangatlah jarang untuk hadir sebenarnya,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai inspirasi disebalik lagu ini, Khodi berkata ‘Desire’ sebenarnya menceritakan tentang hak untuk membebaskan diri daripada sebuah hubungan toxic dan bermasalah. 

“Kita berhak merasai percintaan dan kebahagiaan yang ikhlas serta sempurna. Jika tidak melepaskan diri daripada hubungan itu ia akan memusnahkan jiwa dan membuatkan kita sedih serta derita berpanjangan. 

“Kita perlu belajar bagaimana untuk mendahulukan dan mencintai diri sendiri serta sedar bahawa kita sangat berharga. Justeru itu, keputusan ini terletak pada diri sendiri dan hanya kita boleh menentukan hala tuju kehidupan kita.

“Jadi, saya sangat berharap agar para pendengar dapat menyelami mesej lagu ini sebagaimana saya merasakannya,” ujarnya.

Memilih untuk mempertaruhkan karya berbahasa inggeris, Khodi akui penghasilan lagu ini tidaklah berbeza dengan menulis lagu dalam bahasa melayu. 

“Ini bukan kali pertama saya menulis lagu dalam bahasa inggeris. Namun, ini merupakan lagu inggeris sulung yang dikeluarkan secara umum sejak saya menjadi seorang artis.

“Proses penulisan lagu sebenarnya sama sahaja buat saya, baik dalam apa bahasa pun. Tapi untuk ‘Desire’, prosesnya memang agak santai kerana saya boleh kaitkan diri dengan liriknya,” tambahnya.

Apa yang membuatkan lagu ini lebih signifikan padanya, Khodi menonjolkan bakatnya dalam nyanyian rap buat pertama kali dalam lagu ini.

Lagu ini juga dihasilkan khas untuk projek ‘Bring The Beat 2.0’ anjuran Sony Music Malaysia. Projek ini merupakan sebuah inisiatif yang memberi peluang kepada artis tempatan untuk menghasilkan karya sendiri dengan geran kewangan yang diberi.

Ia dimulakan bagi tujuan menyokong artis yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 untuk terus berkarya dan menjana pendapatan.

Single terbaharu Khodi berjudul ‘Desire’ kini boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 13 April 2022

Gambar: Sony Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Giliran Aisha Retno Pula Hiasi ‘Billboard’ Times Square New York

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Pula Bertakhta Di Papan Iklan Digital NY, Times Square 

4

Indie 1 tahun yang lalu

It’s Over: Curahan Hati Ezra Kairo

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 7 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN