Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 1:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cha Cha Cinta - Yunadia

 

Artis terbaharu Armani Entertainment Yunadia muncul dengan sebuah lagu yang rancak dan catchy berjudul Cha Cha Cinta. Seperti nama lagunya, ada sedikit unsur muzik cha cha di dalamnya dan membuatnya sedikit unik berbanding lagu-lagu yang sering dimainkan di corong radio tempatan. Yunadia juga mempunyai kualiti vokal yang baik, dan lagu ini sesuai dengan warna suaranya yang tidak perlu berlebih-lebiham. Lagu ciptaan penuh Iqie Hugh, Firdaus Rahmat serta John Jeeves ini suatu cubaan yang baik untuk Yunadia sebagai artis yang baru ingin mencipta nama. Dengan korus yang mudah diingati dan susunan lagu yang muda dan ranggi Cha Cha Cinta ada harapan jika diberi putaran radio secukupnya.

 

Menangislah – Sabrina Syed

Namanya mungkin baharu namun Sabrina Syed mempunyai suara yang sangat merdu. Di awal pembukaan lagu terdengar gemersik suaranya melagukan lirik karya ini yang berjudul Menangislah. Lagu ciptaan Aliff Hassan dan Muluk dengan lirik oleh Seorang Lelaki serta Alif Hassan juga merupakan satu balada yang mudah. Ia mempunyai susunan muzik yang baik namun pada saya, ia tidak mempunyai kemuncak korus yang mampu diingati. Selepas mendengar pembukaan lagu yang agak berpotensi, saya ternanti-nanti korus yang mencengkam namun itu tidak kedengaran dalam karya ini. Sungguhpun begitu saya yakin Sabrina mampu pergi jauh jika diberikan lagu yang dapat mengangkat kekuatan vokalnya dengan lebih jauh di masa hadapan.

 

Iktiraf – Syed Salahuddin

Lagu nasyid solo dendangan Syed Salahuddin ini merupakan ciptaan penuh Akmal Mustafa dan mengingatkan saya kepada lagu-lagu nasyid yang pernah didendangkan  oleh kumpulan-kumpulan nasyid senior terdahulu. Syed mempunyai suara yang bagus dan nampaknya vokalnya kena dengan lagu bergenre nasyid serta kerohanian. Berbekalkan lirik lagu yang mengingatkan tentang keinsafan buat para insan, karya ini ada susunan muzik yang baik. Ia diserikan dengan tiupan indah sebuah seruling dan diceriakan lagi dengan harmoni vokal yang padu. Kesemua unsur ini membuatnya menjadi sebuah lagu yang sangat sesuai didengari semasa bulan Ramadan dan boleh menjadi lagu nasyid popular jika mendapat promosi sewajarnya. 

 

Cinta Vintaj - Zalelo

Karya dari Singapura minggu ini merupakan sebuah lagu yang moden dan mengikuti aliran muzik antarabangsa masa kini. Didendangkan oleh seorang pendatang baharu bernama Zalelo, Cinta Vintaj bukanlah sebuah balada tapi sebuah lagu mid-tempo yang disusun dan digubah dengan baik. Malah warna vokal Zalelo mengingatkan saya kepada gaya nyanyian ramai penyanyi wanita antarabangsa hari ini.  Suaranya yang merdu bukan sahaja dapat menyampaikan lagu ini dengan baik tapi mampu juga melontarkan beberapa baris rap dengan gaya tersendiri. Jika  diberi peluang dan ruang Zalelo mampu pergi lebih jauh.  

 

Huznun  – Qeez Idrus 

Pertama kali mendengar karya penyanyi ini tahun lalu saya terus menjadi salah seorang peminatnya. Selain mempunyai suara yang merdua, lagu-lagunya lari dari kebiasaan lagu-lagu pop Bahasa Melayu yang sering kita dengari di Brunei, Singapura dan Malaysia. Kali ini Qeez muncul dengan sebuah lagu berjudul Huznun. Lagu ciptaan Juan Madial dan Forever1ne ini juga mendapat sentuhan lirik Qeez sendiri bersama Juan Madial juga. Berbanding lagu-lagunya sebelum ini, Huznun merupakan sebuah lagu yang lebih santai dan banyak bermain dengan susunan muzik. Walau bagaimanapun ia tidak memberi peluang untuk Qeez menyerlahkan vokalnya dengan lebih banyak sedangkan Qeez sebenarnya mempunyai suara dan kemampuan vokal yang baik. Walau bagaimanapun karya ini ada pesanan tersendiri dan mungkin itu yang cuba ditekankan dalam lagu ini. - Getaran, 13 April 2022

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Anwar Ulangi Gesaan Penubuhan Dana Monetari Asia

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 10 minit yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar