web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pink Floyd Lancar Lagu Terbaharu Selepas 28 Tahun Demi Ukraine

Single berjudul 'Hey, Hey Rise-Up!' itu juga bertujuan mengumpul dana kemanusiaan akibat kemusnahan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 2:30PM

Penyanyi utama Pink Floyd, David Gilmour - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pink Floyd melancarkan lagu terbaharunya selepas hampir 30 tahun tidak berkarya sebagai tanda sokongan terhadap nasib rakyat Ukraine, kata kumpulan Psychedelic Britain itu Khamis lalu.

Single berjudul 'Hey, Hey Rise-Up!' itu juga bertujuan mengumpul dana kemanusiaan untuk disalurkan akibat peperangan yang tercetus berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kumpulan legenda itu cukup terinspirasi dengan semangat patriotik penyanyi utama kumpulan BoomBox dari Ukraine, Andriy Khlyvnyuk yang sanggup meninggalkan konsert jelajah di Amerika Syarikat (AS) demi mempertahankan tanah airnya.

"Kami, seperti kebanyakan masyarakat dunia, turut marah dan kecewa dengan tindakan keji yang menyaksikan sebuah negara demokrasi yang merdeka dan aman diceroboh serta rakyatnya dibunuh oleh satu kuasa besar dunia," kata Pink Floyd dalam ciapan di Twitter rasmi mereka.

Ketua kumpulan Pink Floyd, David Gilmour dalam siaran akhbar berkata, dia cukup terharu melihat video persembahan Khlyvnyuk: "Ia adalah satu momen yang cukup mengesankan sehingga saya terpanggil untuk mengabadikannya di dalam muzik."

Menurut syarikat rakaman, Gilmour berpeluang bercakap dengan Khlyvnyuk yang masih terlantar di  hospital di Kyiv, dan difahamkan semakin pulih selepas terkena serpihan akibat serangan mortar.

"Saya memperdengarkan sedikit lagu tersebut di telefon dan dia terus menyukainya. Kami berdua juga berharap akan dapat berkolaborasi pada masa akan datang," kata Gilmour.

Lagu ini dilatari imej bunga matahari, dan ilhamnya dicetuskan oleh sebuah video tular yang menunjukkan seorang wanita Ukraine sedang menghina dua askar bersenjata Rusia.

Katanya kepada askar itu: "Ambil benih ini dan masukkan ke dalam kocek anda. Dengan cara itu bunga matahari akan tumbuh apabila anda semua bersemadi di sini."

Ini adalah lagu original pertama dari Pink Floyd sejak 'The Division Bell' pada tahun 1994.

Terdahulu, Gilmour pernah menghantar ciapan penentangannya terhadap pencerobohan tersebut yang berbunyi: "Putin perlu disingkirkan".

Kumpulan itu juga telah menarik balik semua muzik mereka dari platform penstriman di Rusia dan Belarus sebagai tanda protes terhadap pencerobohan itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Pengganas Di Moscow: PM Zahir Rasa Simpati

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Putin, Filem Biografi Yang Belum Pernah Diterbitkan 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN