Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bismillah - Alif Satar & The Locos x Raihan

Bulan Ramadan muncul dan tiada yang lebih sesuai untuk memulakan ulasan lagu selain lagu-lagu yang mampu memenuhi santapan rohani kita sehari-hari. Alif Satar & The Locos membuat kolaborasi bijak bersama kumpulan nasyid tersohor Malaysia, Raihan lewat album berjudul The Sunnah The Better. Dipetik dari projek tersebut karya berjudul Bismillah ini merupakan salah satu lagu paling popular kumpulan Raihan yang pernah mencuri perhatian industri muzik tanah air satu Ketika dahulu. Kali ini dengan nafas yang baharu, ia dirakam semula dengan sentuhan yang lebih segar dan moden. Semestinya ia menjadi lebih menarik dengan sulaman vokal Alif Satar yang sememangnya merdu dan dinamik. Dengan warna-warna vokal yang mampu berharmoni, Bismillah merupakan pembukaan yang sesuai untuk projek ini. Syabas Alif, The Locos dan juga Raihan! 

 

Damba Kasih – InTeam X Sufian Suhaimi

Lagu ini juga dirakam semula dan diberi nafas baharu oleh kumpulan InTeam sambil menampilkan Sufian Suhaimi sebagai penyanyi undangan. Jelas dengan warna vokal Sufian, karya ini menjadi lebih menarik dan menampilkan sedikit kelainan. Lagu nasyid ini dicipta oleh Manis Helma dan mendapat sentuhan lirik Ito Lara serta Manis Alia. Bersesuaian dengan bulan Ramadan, karya ini menampilkan lirik yang menginsafkan dan diperkayakan dengan suara-suara vokalis yang baik. Sesuai menjadi lagu yang boleh dihayati semasa bulan puasa, projek ini wajar diberi pujian dalam menyampaikan dakwah dengan cara moden kepada generasi muda masa kini. 

 

Kamu Kamu – Wani Kayrie

Wani Kayrie jelas tidak pernah mengalah dan nampaknya terus mengorak langkah untuk menceriakan lagi industri muzik tanah air. Tampil dengan karya berjudul Kamu Kamu, lagu yang rancak ini dicipta oleh Zimi dengan lirik oleh Jerry. Ia menepati gaya dan personality Wani sebagai seorang penyanyi yang lincah dan berbakat. Selain itu, Wani yang sebenarnya mempunyai vokal yang bagus  berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik. Lagu ini juga mempunyai korus yang mudah dan pada saya senang menjadi ikutan jika didengar berkali. Ulangan dua patah perkataan ‘kamu kamu’ mampu membuatnya melekat di fikiran, dengan syarat lagu ini diberi kesempatan selayaknya di corong-corong radio.

 

Now Cemane? - ChronicalZ feat. DC Willie

Karya dari seberang tambak berjudul Now Cemane memeriahkan senarai ulasan lagu minggu ini lewat lagu hip hop ciptaan serta terbitan DC Willie dan ditulis oleh Wan Qhail Harrith. Memenuhi kriteria lagu-lagu hip hop masa kini Now Cemane mempunyai rentak yang rancak dan menghiburkan. Namun saya agak sukar mencari hook lagu ini kerana setiap lagu hip hop akan lebih mudah diingati jika mempunyai hook dan korus yang meninggalkan kesan. Sungguhpun lagunya berkualiti dan mampu menghiburkan, ia masih kekurangan korus yang kuat untuk membuat pendengar senang mengingati rentaknya. Semoga karya selepas ini lebih gah dalam meninggalkan impak. 

 

Nanti  – Muiz

 

Karya pilihan saya dari Brunei Darussalam minggu ini adalah sebuah balada indah berjudul Nanti. Dinyanyikan oleh seorang vokalis bernama Muiz, lagunya merupakan sebuah karya yang mudah namun sedap didengar. Berbekalkan melodi yang sangat menenangkan, ia juga diserikan dengan suara merdu penyanyinya yang turut mengingatkan saya pada vokalis-vokalis dari Indonesia. Lirik lagu Nanti yang tidak rumit masih mampu menyentuh perasaan dan pada saya ia mampu dijadikan runut bunyi dan boleh meraih peminat yang lebih ramai jika diberi putaran dan promosi di negara-negara jiran. Semoga lebih banyak karya Muiz bakal menyusul selepas ini.  

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Doktor Sahkan Alif Satar Tiada Kecederaan Serius 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sudah Lama ‘Move On’, Sufian Suhaimi Akui Sedang  Menjalin Hubungan Istimewa Dengan Seorang Pelajar

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Imej Pesona Lelaki Mithali Tercalar Gara-Gara Membintangi Filem ‘Pulau’? Ini Penjelasan Alif Satar

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 8 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar