Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berita Muzik Hangat Minggu Ini

Nak tahu muzik apa yang sedang menaiki carta muzik minggu ini? Kami senaraikan untuk anda!

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Hayya Hayya (Better Together)' oleh Trinidad Cardona, DaVido dan Aisha

FIFA World Cup akhirnya melancarkan lagu rasmi pertama berjudul ‘Hayya Hayya (Better Together) sempena Piala Dunia FIFA yang bakal diadakan di Qatar tidak lama lagi.

Menariknya lagu ini menampilkan tiga penyanyi dari tiga buah negara berbeza iaitu Aisha, Trinidad Cardona dan Davido

Menurut Kay Madati, selaku Ketua Pegawai Komersial FIFA, “Strategi hiburan dicipta untuk mewujudkan dan mengeratkan hubungan antara peminat bola sepak dan peminat muzik. 

“Gabungan bakat-bakat dari Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Qatar, seakan-akan menggambarkan bahawa muzik dan bola sepak mampu menyatukan masyarakat berbilang kaum tak kira dari mana.

“Kami yakin bahawa lagu ini dapat menyampaikan semangat dan rasa cinta terhadap Piala Dunia FIFA.”

Berkongsi sedikit mengenai projek muzik ini, penyanyi kelahiran Qatar, Aisha bersyukur kerana dapat diberi peluang menjadi sebahagian besar sejarah negaranya. 

“Apa yang menakjubkan, nada lagu ini tidak pernah gagal untuk menyuntik semangat perpaduan ke dalam sanubari saya apabila mendengarnya. Saya sangat terharu kerana terpilih untuk terlibat dalam projek ini,” jelasnya.

 

‘When You’re Gone’ oleh Shawn Mendes

Terkenal dengan lagu-lagu hit seperti ‘There’s Nothing Holdin’ Me Back’ dan ‘Stitches’ nama Shawn Mendes pastinya tidak asing dalam dunia muzik. Pernah menebusi beberapa carta muzik dan menduduk tangga pertama di carta Pop Music Billboard, Shawn kini mempunyai lebih 62 bilion penstriman di Spotify. 

Pada tahun 2018, ROI Influencer Media telah mengiktiraf Shawn sebagai Artis #1 Paling Berpengaruh dan #1 Remaja Paling Berpengaruh di semua platform media sosial.

Terkini penyanyi ini mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘When You’re Gone’. Untuk pengetahuan semua, lagu ini telah dicipta dan diterbitkan oleh dirinya bersama dua rakan muziknya, Jonah Shy dan Scott Harris. 

Apa yang lebih menarik, ‘When You’re Gone’ merupakan sambungan karya sebelumnya berjudul ‘It’ll Be Okay’ yang dikeluarkan pada bulan Disember lalu.

Shawn mengakui bahawa lagu ini terhasil daripada kisah cinta bersama bekas kekasihnya, Camila Cabello.

“Saya menulis lagu ini sebulan selepas berputus cinta dengan Camila. Masa itu, saya banyak fikirkan tentang kenangan bersamanya, tak kiralah manis atau pahit. Dia banyak menyokong kerja saya dan mencintai saya seikhlas hati.

“Jadi saya ingin menulis tentangnya agar dia sedar betapa pentingnya dia dalam hidup saya,” kata Shawn Mendes.

 

‘You Were Loved’ oleh Gryffin dan OneRepublic

DJ dan produser muzik berasal Los Angeles, Gryffin telah bekerjasama dengan kumpulan ikonik, OneRepublic dalam karya terbaharunya berjudul ‘You Were Loved’. Lagu ini merupakan pembuka tirai era baharunya dalam industri seni.

Melankolis dan manis, lagu ini membuktikan keupayaan Gryffin dalam menghasilkan sesuatu yang berbeza dan segar.  Menurut vokalis utama OneRepublic, Ryan Tedder, apa yang membuatnya melibatkan diri dalam pembikinan lagu ini adalah mesej yang hendak disampaikan. 

“Ia mencerminkan kekesalan dan harapan untuk berubah agar dapat bertemu semula dengan orang tersayang. Tak ramai orang menyedari kesilapan dan kesalahan mereka.

“Kalaulah kita boleh berjumpa dengan diri kita yang dulu, pastinya kita akan malu dengan perbuatan itu.

“Jadi, saya tertarik untuk menyampaikan pengajaran ini kepada semua pendengar,” katanya.

Kolaborasi ini membawakan muzik Pop-dance dengan asas house. Melankolis dan manis, lagu penuh pesan ini memang kaya akan nuansa muzik ala OneRepublic yang penuh emosi, lengkap dengan gitar yang menemani dan rentak anthemik.

Hanya saja, instrumentasi memang diganti dengan sentuhan elektronik dan berbungkus nuansa dance yang penuh euforia. 

Meski ‘You Were Loved’ adalah kali pertama Gryffin dan OneRepublic berkolaborasi, ternyata hasilnya tidak mengecewakan malah cukup padu.

Gryffin berkata bahawa berkolaborasi bersama OneRepublic merupakan salah satu impiannya dari kecil. Oleh itu ia seperti salah satu mimpi yang berjaya direalisasikan.  

‘You Were Loved’ merupakan hasil tulisan dan terbitan Daniel Griffith, Ryan Tedder dan Brent Kutzle. 

Semua lagu yang disenaraikan di sini boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 6 Mac 2022

Semua gambar: Universal Music

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shawn Mendes, Camila Cabello Putus Cinta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

OneRepublic Kembali Menggegar Carta Muzik Setelah Lama Menyepi

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 2 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 10 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran