Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Jon Batiste, Silk Sonic Dan Olivia Rodrigo Kuasai Grammy

Kumpulan Foo Fighters yang baru sahaja berdepan kematian pemain dram mereka, Taylor Hawkins turut mencatatkan beberapa kemenangan bermakna dalam Anugerah Grammy.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 4:30PM

Olivia Rodrigo. Gambar: Angela Weiss, AFP

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-64 boleh disifatkan sebagai malam penuh gemilang buat Jon Batiste, Silk Sonic dan Olivia Rodrigo. 

Menguasai Anugerah Grammy Ke-64 dengan pencalonan sebanyak 11 kategori, Jon Batiste telah diumumkan sebagai pemenang Album Terbaik iaitu anugerah paling kemuncak dalam pertandingan berprestij tersebut. 

Jon Batiste memenangi anugerah tersebut menerusi album solo studionya yang kelima iaitu We Are, manakala Silk Sonic yang dianggotai duo Bruno Mars and Anderson.Paak mampu tersenyum bangga apabila lagu nyanyian mereka, ‘Leave The Door Open’ memenangi anugerah Rekod Terbaik.

Sementara Olivia Rodrigo yang pernah terlibat dalam program televisyen, 'High School Musical: The Musical: The Series' terbitan Disney dinamakan sebagai Artis Baharu Terbaik serta memenangi dua lagi anugerah menerusi kategori Pop. 

Kumpulan Foo Fighters yang baru sahaja berdepan kematian pemain dram mereka, Taylor Hawkins turut mencatatkan beberapa kemenangan bermakna apabila album studio mereka Medicine At Midnight diangkat sebagai Album Rock Terbaik. 

Kejutan turut berlaku apabila Jazmine Sullivan dan Silk Sonic diumumkan sebagai pemenang bersama bagi kategori Persembahan R&B Terbaik. 

Anugerah Grammy juga turut dihiasi dengan persembahan artis-artis tersohor yang meninggalkan impak. Antaranya adalah Justin Bieber, BTS dan Lady Gaga. Bahkan ia turut dijadikan medan untuk memberi mesej penghormatan penting. 

Billie Eilish umpamanya, mengenakan baju-T yang menunjukkan penghormatannya kepada bekas pemain dram Foo Fighters, Taylor Hawkins, manakala lagu 'Free' dendangan John Legend menyelitkan mesej peribadi daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.

Bersiaran secara langsung dari MGM Grand Garden Arena di Las Vegas pada malam Ahad lalu (pagi Isnin waktu tempatan Malaysia), Anugerah Grammy yang sepatutnya diadakan pada bulan Januari tetapi kemudian ditunda kepada April, sebelum ini telah mencetuskan banyak kemelut. 

Pelbagai kontroversi dan skandal dalaman tercetus mengenai isu pencalonan. Segelintir artis yang tidak dibenarkan bertanding dalam kategori tertentu, artis-artis ternama yang menarik diri daripada bertanding pada saat-saat akhir sehinggalah drama penarikan diri Kanye West dalam segmen persembahan disebabkan persengketaanya dengan Trevor Noah yang bertindak sebagai hos utama anugerah ini. 

Apapun, mari kita lihat senarai pemenang kategori-kategori utama Anugerah Grammy 2020 ini: - 

Rekod Terbaik

‘Leave The Door Open’ – Silk Sonic 

Album Terbaik

‘We Are ‘– Jon Batiste

Lagu Terbaik

‘Leave The Door Open’ – Silk Sonic 

Artis Baharu Terbaik 

Olivia Rodrigo 

 

POP

Persembahan Pop Solo Terbaik 

‘Drivers License’ – Olivia Rodrigo

Pop Dua Terbaik/Persembahan Kumpulan 

‘Kiss Me More’ – Doja Cat Featuring SZA

Vokal Pop Album Tradisional Terbaik 

‘Love For Sale’ – Tony Bennett & Lady Gaga

Pop Vokal Album Terbaik 

‘Sour’ – Olivia Rodrigo

 

DANCE/ELECTRONIC MUSIC

Tarian Terbaik/Rakaman Elektronik 

‘Alive’ - Rüfüs Du Sol 

Tarian Terbaik/Album Muzik Elektronik 

‘Subconsciously’ - Black Coffee

 

ROCK

Persembahan Rock Terbaik 

‘Making A Fire’ - Foo Fighters

Persembahan Metal Terbaik 

‘The Alien’ - Dream Theater

Lagu Rock Terbaik 

‘Waiting On A War’ – Foo Fighters

Album Rock Terbaik 

‘Medicine At Midnight’ – Foo Fighters 

 

ALTERNATIF 

Album Alternatif Terbaik 

‘Daddy’s Home’ - St. Vincent

 

R&B

Persembahan R&B Terbaik 

Leave The Door Open - Silk Sonic (Seri)

Pick Up Your Feelings - Jazmine Sullivan (Seri)

Lagu R&B Terbaik 

‘Leave The Door Open’ – Silk Sonic 

Album R&B Progresif Terbaik 

‘Table For Two’ - Lucky Daye

Album R&B Terbaik 

‘Heaux Tales’ - Jazmine Sullivan

 

RAP

Persembahan Rap Terbaik 

‘Family Ties’ - Baby Keem Menampilkan Kendrick Lamar

Persembahan Rap Melodi Terbaik 

‘Hurricane’ - Kanye West Featuring The Weeknd & Lil Baby

Lagu Rap Terbaik 

‘Jail’ - Kanye West menampilkan Jay-Z

Album Rap Terbaik 

‘Call Me If You Get Lost’ - Tyler, The Creator


 

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 9 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis