web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alif Satar & The Locos Beri Nafas Baharu Kepada Karya Unggul Raihan

Selain memberikan nafas baharu kepada karya-karya unggul Raihan, Alif Satar & The Locos turut menampilkan kumpulan nasyid legenda itu di dalam penerbitan EP Khas mereka itu. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 4:56PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pelakon dan pengacara nombor satu negara, Alif Satar dan juga kumpulannya The Locos mengakui cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan kumpulan nasyid tersohor, Raihan dalam sebuah EP khas berjudul 'The Sunnah The Better'. 

EP khas terbitan Warner Music Malaysia itu memuatkan 5 hits terbaik Raihan dalam bentuk audio seperti ‘Bismillah’, ‘25 Rasul’, ‘Puji-Pujian x Syukur (Medley)’, ‘Assolatuwassalam’ dan ‘Rayuan Rindu’.

“Ia merupakan suatu penghormatan besar buat kami, pemuzik pelapis, apabila dapat bekerjasama dengan senior-senior dalam industri muzik Malaysia seperti Raihan.

“Kebetulan kami semua adalah peminat-peminat Raihan. Kami juga membesar dengan lagu-lagu mereka sejak dari kecil lagi. Kami juga hafal kebanyakan lagu mereka di dalam hati. 

“Kebanyakan lagu Raihan sarat dengan pengajaran dan peringatan sebagai umat Islam. Melalui kolaborasi ini, kami ingin menghidupkan semula semangat tersebut dan mengembalikan nostalgia lagu-lagu berunsur spiritual sekaligus memperkenalkan Raihan kepada generasi muda sekarang,” jelas Alif. 

Menurut Alif, lagu kolaborasi yang pernah tercetus di antara mereka dengan Raihan sebelum ini memudahkan lagi proses rakaman EP ‘The Sunnah The Better’ ini direalisasikan.

 “Setelah berbulan perbincangan, kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi rakaman yang hanya memakan masa selama dua hari sahaja. 

“Apa yang menariknya, setiap lagu yang dihasilkan hanya dilakukan dengan ‘sekali jalan’, maksudnya tiada pengubahsuaian mahupun rakaman semula ibarat nyanyian secara langsung yang bertempat di Drum Asia, Kota Damansara,” katanya. 

Jelasnya lagi, dia dan anggota The Locos yang lain juga tidak dapat menahan sebak tatkala menjayakan proses rakaman suara bersama Raihan di studio rakaman. 

“Lagu-lagu Raihan amat menyentuh perasaan, penuh kesedaran dan kebersamaan atau ukhuwah itu jelas terasa.

“Banyak yang kami pelajari dari mereka, agak gementar juga ketika mula-mula hendak bekerjasama, yalah mereka sudah bertaraf antarabangsa. 

“Namun begitu, mereka tetap merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu selain menerima cadangan-cadangan kami.

“Ada beberapa kelainan yang kami tonjolkan melalui EP ini, jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu Raihan dibawakan secara acapella, pada kali ini kami ada memasukkan bunyi-bunyian dari alatan muzik, manakala Che Am dan saya bertindak selaku ketua vokal.

“Tidak banyak yang diubah kerana komposisi terdahulu sudah cukup sempurna agar mood yang dibawakan tidak lari dari bunyi yang asli. Selain itu, ahli The Locos juga turut menyumbangkan suara mereka selaku penyanyi latar,” katanya lagi.

Selain EP, kesemua MV The Sunnah The Better arahan saudara Zaidan Zainuddin dari Shutterspeak Studio akan menampilkan konsep yang ringkas namun menarik dengan jalan cerita yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur termasuk kanak-kanak kerana tujuan utamanya adalah memberi nasihat melalui lagu yang disampaikan.

“Tujuan utama kami menghasilkan EP ini adalah untuk menghibur dan membawakan mesej- mesej berguna dengan jujur dan ikhlas. 

“Semoga ramai dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan sama-sama kita meriahkan bulan Ramadan yang mulia ini dengan mendidik anak-anak melalui konsep edutainment ini. 

“Kami juga ingin mengajak mereka yang bukan beragama Islam untuk turut mendengar dan secara tidak langsung dapat belajar tentang agama Islam,” akhiri Alif.

MV bagi EP ‘The Sunnah The Better’ yang menggunakan lokasi Masjid Al-Falah Subang Jaya ini boleh ditonton berperingkat secara eksklusif di saluran YouTube Alif Satar iaitu ‘Bismillan’ (3 April), ‘25 Rasul’ (7 April), ‘Puji-Pujian + Syukur’  (13 April), ‘Assolatuwassalam’ (19 April) dan ‘Rayuan Rindu’ (24 April). 

Lagu-lagu yang terkandung dalam EP ‘The Sunnah The Better’ boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music bermula hari ini. - Getaran, 1 April 2022

Gambar: Warner Music Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Doktor Sahkan Alif Satar Tiada Kecederaan Serius 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Imej Pesona Lelaki Mithali Tercalar Gara-Gara Membintangi Filem ‘Pulau’? Ini Penjelasan Alif Satar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN