web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 10:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'X Perlu' – Cassia

Malaysia semakin meriah dengan kumpulan nyanyian wanita sejak kebelakangan ini. Terbaru membuat kemunculan adalah kumpulan Cassia dengan lagu mereka yang berjudul 'X Perlu'. Kumpulan ini dianggotai empat orang ahli yang berpengalaman dalam bidang nyanyian dan tarian iaitu Ayana, Shadida, Meyrasam dan Sheemal. Pengalaman mereka sebagai koreografer dan penari di persembahan-persembahan besar mengiringi beberapa penyanyi terkenal tanah air membuatkan mereka lebih berkeyakinan tinggi. Lagu ini membawakan muzik berentak pop dance dan dicipta serta ditulis oleh Amir Hasan, Axel Jonas, Ezra Kairo dan Somean. Memenuhi kriteria untuk menjadi single pop tarian sebuah kumpulan baru, lagu ini menghiburkan dan boleh menjadi popular jika diberi putaran radio sewajarnya. Korusnya yang mudah diingati juga menjadi aset lagu ini. Ulangan kata ‘tak perlu’ dalam lirik lagu mampu menjadikannya satu ikutan atau trend anak muda. Namun kerana persamaan konsep lagunya dengan karya beberapa kumpulan lain ia pasti akan dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan tersebut, khususnya DeFam dan juga Dolla. Sungguhpun begitu, mereka berada pada laluan yang betul dan mempunyai potensi untuk bersaing.

 

'DU' – Andi Bernadee

Setelah lama tidak mendengar karya terbaharu dari penyanyi ini Andi Bernadee kembali dengan sebuah lagi lagu dengan genre reggaeton berjudul 'DU'. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh seniman Singapura Alyph ini masih mengekalkan konsep muzik rancak yang membuat anda ingin menari. Rentaknya yang catchy pasti akan menarik perhatian pendengar namun ia mempunyai banyak persamaan dengan lagu-lagu Andi sebelum ini. Sekali mendengar versenya ramai yang mungkin akan berfikir ia lagu ‘Satu Peluang’ atau ‘Donde’, karya terdahulunya beberapa tahun lalu sehinggalah anda mendengar korusnya yang berbeza. Pada saya penyelamat lagu ini adalah bait lirik ‘du’ yang diulang beberapa kali untuk mewujudkan kelainan. Jelas dan berkualiti, ia karya yang hebat tetapi persamaan yang terlalu mirip dengan lagu-lagunya sebelum ini pada saya akan menyukarkan sedikit lagu ini untuk menyerlah seperti lagu ‘Satu Peluang’ yang pernah popular dahulu.

 

'Hampir Sempurna'– Evie Feroza

Seorang pendatang baru bernama Evie Feroza melangkah masuk ke dalam industri muzik tempatan dengan sebuah lagu balada pop berjudul 'Hampir Sempurna'. Lagu yang dicipta dan ditulis oleh komposer tersohor Audi Mok dan Shazee Ishak ini menepati acuan lagu-lagu pop balada yang kerap kita dengar di radio masa kini. Walau bagaimanapun saya rasa ia akan sukar untuk menyerlah kerana lagu ini tidak mempunyai klimaks yang mampu membezakannya dengan lagu-lagu Melayu lain di radio. Sungguhpun begitu, Evie mempunyai vokal yang hebat tetapi sayang dia tidak berpeluang bermain dengan keluasan warna suaranya kerana tidak banyak bahagian lagu ini yang memberikan dia kesempatan berbuat sedemikian. Semoga selepas ini Evie akan mendapat lagu yang mampu mengangkat dan menyerlahkan ketangkasan vokalnya di masa hadapan.

 

'Tercabar'– Ashidy Ridwan

 

Tidak pernah menghampakan, bintang Singapura yang semakin popular dengan lagu-lagu berentak R&Bnya kembali dengan sebuah lagi karya hebat berjudul ‘Tercabar’. Cara Ashidy mendendangkan lagu sangat mirip dengan cara penyanyi antarabangsa dan ini sentiasa memberikan kelainan dalam karya-karyanya. 'Tercabar' yang dicipta sepenuhnya oleh Ashidy sendiri lengkap dengan segala unsur yang perlu ada untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Kemerduan vokalnya masuk dengan lagu mid-tempo ini dan mampu membuat pencinta muzik genre ini untuk mengulang karya ini beberapa kali. Diserikan lagi dengan sedikit selingan rap ia menghidupkan lagi karya yang berjiwa R&B old school ini. Syabas Ashidy dan teruslah berkarya.

 

'Cinta Bukan Kerana Rupa'  – Sueib Suhaimi

 

Seperti biasa, karya dari Brunei Darussalam jarang sekali mengecewakan dan lagu berjudul 'Cinta Bukan Kerana Rupa' ini adalah bukti kenyataan tersebut. Dicipta sepenuhnya oleh Juan Madial, lagu dendangan Sueib Suhaimi ini mudah dan sangat santai. Korusnya juga senang diingati dan iramanya tidak berlebihan. Selain susunan muziknya yang kontemporari, suara Sueib yang merdu juga membantu untuk menjadikannya sebuah lagu yang menenangkan. Disuntik dengan sentuhan pop R&B 'Cinta Bukan Kerna Rupa' ada sedikit pengaruh lagu-lagu Indonesia dan ini sebenarnya membantunya untuk mudah diterima di negara-negara jiran serantau. - Getaran, 30 Mac 2022

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN