web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hael Husaini 'Sama Seperti Dulu'

Selepas beberapa kali melancarkan lagu bernada rancak, terbaru penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini kembali dengan lagu pop balada berjudul 'Sama Seperti Dulu'. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 5:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan demi kejayaan diraih bagi penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini, baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, kini dia muncul pula dengan single terbaharu berjudul ‘Sama Seperti Dulu’ yang bakal membuai perasaan ramai pendengar.

Lagu ‘Sama Seperti Dulu’ adalah ciptaan Hael sendiri bersama komposer muda, Iqie Hugh. Ini adalah kolaborasi pertama mereka berdua sebagai penggiat muzik, manakala ia diterbitkan oleh label tidak asing lagi, Rocketfuel Entertainment.

“Setelah beberapa karya hasil kerjasama di antara Ezra Kong, dan MFMF, kali ini bagi single terbaru saya memilih untuk bekerjasama dengan Iqie yang merupakan seorang penggubah lagu berbakat besar.

Ini merupakan permulaan bagi projek-projek kami yang mendatang. Iqie juga turut terlibat dalam beberapa buah lagu yang akan dimuatkan dalam album penuh saya yang bakal dilancarkan pada Ogos nanti. 

Sama Seperti Dulu adalah trek pertama di dalam album yang akan memuatkan 10 buah lagu kelak,” jelas Hael.

Lagu Sama Seperti Dulu mengajak pendengar kembali kepada genre muzik yang biasa dibawakan oleh Hael iaitu pop balada, namun pada kali ini ada sedikit sentuhan moden yang diterapkan dengan mengekalkan bunyi atau vibe lagu-lagu Melayu zaman sekarang agar kekal relevan dan mudah diterima oleh penggemar muzik tempatan.

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan lagu ini iaitu sekitar tiga bulan kerana Iqie dan saya agak sibuk dari penghujung tahun 2021 sehinggalah awal tahun 2022 atas urusan kerja masing-masing.

Lagu ini ada sedikit kaitannya dengan kisah peribadi saya dengan orang di sekeliling kita. Saya masukkan unsur-unsur kesetiaan dalam perhubungan yang menjadi tema lagu ini. 

Kalau pendengar selami bait-bait liriknya, apakah maksud kesetiaan dalam perhubungan? Berapa lamakah perhubungan itu, apakah ujian dan dugaannya, dan setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan, adakah perasaan itu masih ‘Sama Seperti Dulu’?” tambah Hael lagi.

Video muzik (MV) Hael terdahulu rata-ratanya mempunyai jalan cerita dan konsep yang unik dan tersendiri, bagi MV Sama Seperti Dulu, penonton bakal disajikan dengan sebuah telemovie ringkas namun pasti  memberi kesan.

“Kali ini, saya akan tunjukkan perjalanan sebuah perhubungan yang utuh, dari permulaan sehinggalah hujung cerita. Ia menceritakan bagaimana sebuah hubungan itu berfungsi dalam kehidupan. Peminat wajib tonton kalau hendak tahu kesudahannya,” ujar Hael.

Lagu ‘Sama Seperti Dulu’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. - Getaran, 23 Mac 2022

Gambar: Rocket Fuel & Instagram Hael Husaini

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Atas Faktor Kesihatan, Konsert Yang Sebelum Ini Ditunda Ke 19 Februari Terpaksa Dibatalkan 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Sulung Hael Husaini Live In KL, Diubah Tarikh Ke Tahun Hadapan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN