web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah ‘Indie’, Bunkface Cerita Suka Duka Perjalanan Dalam Lagu

Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan mereka sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 4:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perjalanan 10 tahun bergelar anak seni bukanlah masa yang sekejap untuk kumpulan rock punk terkenal, Bunkface.

Bermula dari sebuah band yang bergerak secara independent, Bunkface mencipta populariti tahun ke tahun dan mengumpulkan peminat khususnya dalam kalangan anak muda. Kumpulan ini juga pernah tampil di pentas prestij Augerah Juara Lagu menyanyikan lagu 'Rentak Laguku'.

Setelah melancarkan sebuah lagu berunsur kerohanian, Bunkface kini tampil dengan sebuah single terbaharu bertajuk 'Korang' beberapa hari lalu. Sehinga ini, video muzik mereka berjaya mendapat 56 ribu tontonan di Youtube.

“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara independent sebagai Bunkface, dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama-sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat disekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh dibelakang Bunkface. Lagu ini adalah untuk anda semua 

“Semua orang ada memori , semua orang ada hati , semua orang ada orang tersayang, semua orang ada anda,” kata Sam selaku vokalis kumpulan ini.

Ternyata ramai yang merindui muzik-muzik daripada Bunkface. Komen di Youtube dibanjiri dengan reaksi yang pelbagai daripada penonton.

“Bunkface kembali, aku sangat minat dengan Bunkface sejak darjah enam sampai sekarang. Teruskan buat lagu genre seperti ini. Aku akan sentiasa sokong,” tulis seorang peminat.

“Terima kasih Bunkface bawa kembali aura tahun 2007 dan 2008. Pertama kali dengar Bunkface  umur 15 tahun. Sekarang dan 30 tahun. Teringat balik zaman sekolah dan zaman muda yang gemilang. Bila dah tua baru faham perkataan muda hanya sekali,” kata seorang lagi pendengar. 

“Syabas Bunkface kerana masih kekal sampai sekarang,” kata peminat yang lain. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

3 Kumpulan Muzik 'Bawah Tanah' Gegarkan 6,000 Pengikut

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Menyatukan Hujan, Bunkface, Insomniacks Dan Masdo Dalam Konsert Jiwa Kacau Satu Apresiasi – Penganjur

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lagu Malaysia MADANI Diperdengar, Susuli Konsep Pentadbiran Kerajaan Perpaduan

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tergendala Selama 3 Tahun, Festival Muzik Ala Coachella ‘Nusa Fest’ Kembali Februari 2023

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN