web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Love Like That’ Penghargaan JC Stewart Kepada Kekasihnya

Dikenali dengan lagu bernuansa ballad melankolik, JC Stewart berbicara tentang emosi tanpa aura yang tipikal dan membosankan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih kurang sedekad lalu, penyanyi bernama JC Stewart pernah menjadi penghibur jalanan di luar stadium yang mengadakan Anugerah Muzik Eropah. Walaupun masih baharu dalam kancah muzik, namun karya-karyanya sudah menarik perhatian orang ramai malah sering diputar di radio.

Dikenali dengan lagu bernuansa ballad melankonik, kini penyanyi berasal Ireland ini mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘Love Like That’. Dalam sesi temu ramah singkat bersama Getaran, JC sempat membagikan cerita tentang single tersebut dan pengalamannya sepanjang pandemik Covid19. 

“Sejujurnya, saya seperti kehilangan arah ketika berada dalam 'lockdown' bahkan selalu berasa tidak tenang kerana tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. 

“Pandemik ini telah memberi impak yang sangat besar kepada semua. Jadi, perasaan putus asa dan celaru itu bukanlah satu hal yang asing.

“Lagu ini terhasil setelah melewati masa-masa sulit itu. Terus terang, ketika itu saya berada dalam fasa yang sangat fragile. Oleh itu, lagu ini sangat personal kerana proses penulisannya banyak membantu menenangkan fikiran dan juga emosi saya. 

“Walaupun intinya agak universal dan boleh ditujukan kepada siapa pun, lagu ini ditulis khas dan ditujukan kepada kekasih saya. Dialah orang yang berjaya menarik saya keluar dari lubang hitam itu,” katanya.

Apa yang boleh dirumuskan daripada penulisan lagu JC adalah keupayaanya dalam membicarakan emosi secara teliti tanpa memberi aura yang tipikal dan membosankan. 

“Bagi saya, hasil karya terbaik adalah lagu yang dihasilkan tanpa sebarang paksaan dan liriknya datang dari hati.

“Tempat penulisan saya juga memainkan peranan yang besar. Ia agak renyah kerana saya perlu cari tempat yang jauh dan sunyi untuk mendapatkan mood yang sesuai buat lagu tersebut,” jelasnya.

Meskipun menggambarkan dirinya sebagai seorang ‘professional sad boy’ di media sosial namun perjalanan kerjayanya sebagai seorang artis tidaklah begitu sedih atau mengecewakan.

“Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang suka bersedih walaupun suka menulis lagu sayu. Disebaliknya saya seorang yang ceria dan suka ketawa. Lucunya, kawan-kawan saya juga suka memanggil saya ‘sunshine boy’. 

“Jadi, boleh dikatakan gelaran ‘professional sad boy’ adalah pantulan genre muzik saya. Manakala ‘sunshine boy’ pula sebuah alter ego. Tapi, terserah kepada peminat mahu panggil saya apa, nama betul atau mana-mana gelaran tersebut,” ujarnya. 

Kami percaya kerja keras dan mimpi yang tak pernah luntur telah membawa JC Stewart ke peringkat yang lebih tinggi dalam industri ini meskipun datang dari sebuah bandar kecil Utara Ireland.

“Ya, memang benar akses kepada industri ini tidaklah semudah yang difikirkan terumatanya apabila saya datang dari sebuah bandar kecil dan terpencil yang tidak diketahui dunia. Tapi dengan izin Tuhan, saya dapat mengejar impian saya meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Saya bersyukur kerana setiap kegagalan itu telah membawa saya ke sini.”

Single terbaharu JC Stewart berjudul ‘Love Like That’ boleh didengar di pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

2

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

2023 Tahun Tuah Buat Ernie Zakri? - Kini Wajah Hiasi Papan Iklan Digital New York Times 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN