Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yuna Lancar Album Kelima Berjudul Y5, Dimulakan Dengan Y1

Penyanyi antrabangsa kebanggaan negara, Yuna hadir dengan album studio kelimanya sejak memulakan langkah sebagai penyanyi di Amerika Syarikat 10 tahun lalu. Menariknya album ini akan diluncurkan satu persatu bermula dengan Y1.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:51PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna telah tampil dengan album studio kelimanya yang diberi nama Y5. Menariknya, album yang dihasilkan sempena 10 tahun pembabitannnya sebagai penyanyi di Amerika Syarikat ini akan hadir dalam lima bahagian dan dimulakan dengan Y1 yang dilancarkan pada 11 Mac lalu. 

Y1 memuatkan tiga buah lagu yang ditulis berdasarkan pengalaman Yuna sendiri mengenai setiap peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.

“Y1 adalah sebuah projek yang menceritakan tentang apa yang telah saya lalui sejak dua tahun yang lalu sewaktu pandemic. Cara saya melihat kehidupan telah berubah. Saya tidak lagi mencuba untuk menjadi ‘the it girl’ atau mengejar sesuatu yang akan memenatkan diri sendiri. 

Itu adalah apa yang sering saya lalukan dahulu, sekarang ini saya mahu menjalani kehidupan yang lebih santai. Saya pernah menjadi seorang yang gila kerja. Kini saya masih cintakan kerjaya saya tetapi saya lebih menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup seperti menjaga diri sendiri dan orang disekeliling saya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah banyak belajar sejak dua tahun kebelakangan ini tatkala kehidupannya tidak tertumpu kepada kerja.

“Kini saya merupakan penyanyi bebas, dan punya rasa kebebasan dalam mencipta muzik saya. Saya tidak lagi tegas dengan diri sendiri dan tidak lagi terlampau cerewet dengan setiap perkara yang saya lakukan. 

Lagu pertama yang dimuatkan dalam album Y1 ini adalah "Hello". Lagu ini menceritakan tentang bagaimana Yuna menghadapi kehilangan sepupunya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

“Saya ingin menulis sesuatu mengenai topik kematian terutamanya selepas kehilangan seseorang yang sangat dekat dengan saya dan ia adalah sesuatu yang tidak dijangka. Suatu hari nanti kita semua akan meninggalkan bumi ini. Jadi kenapa kita mengelak perbualan itu? Ini mesej saya kepada semua orang yang saya sayangi , sebaik sahaja saya meninggalkan dunia, saya tidak mahu mereka sedih."

Lagu kedua dalam album ini berjudul ‘Pantone 17 13 30’ yang menceritakan tentang menghargai diri sendiri.

“Pantone ialah lagu cinta dan juga lagu tentang penghargaan diri.  Baru-baru ini saya mendapati bahawa Pantone 17 13 30 adalah warna kulit saya, jadi saya memutuskan untuk menulis mengenainya. Saya telah sampai ke satu tempat dalam hidup saya di mana saya boleh menghargai kecantikan semula jadi saya (seperti warna kulit saya) dan lagu ini adalah tentang mencari seseorang yang mengenali dan melihat keindahan yang telah saya sedari dalam diri saya,” katanya.

Y1 ditutup dengan lagu berjudul "Cigarette" yang menceritakan tentang analogi kerjaya artis yang diibaratkan seperti rokok.

Sebagai seorang artis, saya rasa kami seolah-oleh seperti rokok. Kami semua terbakar hingga hingga ke akhirnya, dan kemudian apa?, jelasnya. 

Kesemua lagu-lagu ini turut hadir dalam muzik video yang telah dimuatnaik di saluran Youtube rasmi Yuna. Menariknya, kesemua muzik video lagu ini dimuatkan sekaligus dalam sebuah video. 

Tahniah diucapkan kepada Yuna diatas pelancaran album istimewa ini. Semoga Yuna terus menghasilkan muzik yang berkualiti dan terus mengharumkan nama negara di arena antrabangsa. - Getaran, 16 Mac 2022.

Foto : Ajarina Hitomi


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 8 bulan yang lalu

Yuna Dedahkan Butiran Konsert Yunaverse di Instagram

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Yang Terasa Hanyalah Siti Zoners Sahaja” – Raja Nazrin Shah SOG

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ada Apa Dengan Rumah Dalam Video Adele, 'Easy On Me'?

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran