web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 10:53AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Nona' – Madam

Kumpulan Madam muncul dengan sebuah lagi karya pop rock yang mengasyikkan. Dicipta oleh Putera Muhammad, Padel, Herman Kamal, dan Azuan Tarmizi dengan lirik oleh Putera Muhammad juga, Nona mempunyai korus yang sedap didiengar. Pada saya sehebat mana pun sesebuah lagu, jika korusnya lemah, lagunya juga akan menjadi kurang menarik. Korus yang mudah diingati akan memudahkan lagu menjadi popular. Dengan korus yang berbunyi “Oh Nona Nona’, lagu ini telah bejaya mencuri perhatian pendengar. Ditambah dengan alunan gitar yang wajib untuk sebuah lagu rock dan dentuman dram yang masuk dengan sesuai dalam gubahan melodi, lagu ini merupakan sebuah karya rock yang mempunyai harapan untuk disukai ramai. Syabas Madam!

W.H.U.T. – Aisha Retno

    

Perlahan-lahan penyanyi ini menyelinap masuk ke dalam industri muzik tempatan. Dari awal kemunculan yang tidak disedari ramai dan kini mula mencuri perhatian, Aisha Retno bijak menyusun langkahnya. Mempertaruhkan sebuah lagu berbahasa Inggeris yang berjudul Wanna Hold U Tight (W.H.U.T) ciptaan penuhnya sendiri, Aisha berjaya memberikan satu nafas baru untuk senario arus perdana muzik Malaysia. Lagunya dicipta dan dinyanyikan dengan begitu indah sekali, sesuai suara Aisha yang sangat merdu dan berkaliber. Malah, suasana yang lahir dari lagu ini membuat pendengar terbuai dengan ketenangan di samping merasakan emosi cinta yang mengalir. Setaraf dengan lagu-lagu antarabangsa, pendengar umum mungkin tidak akan dapat meneka bahawa lagu ini dinyanyikan oleh seorang gadis kacukan Melayu-Indonesia yang berwarganegara Malaysia. Semestinya Aisha juga mengambil peluang untuk menayang keluasan nada serta warna suaranya di beberapa bahagian lagu. Sebuah karya ‘feel good’ yang harus dibanggakan. Well done Aisha and keep the good stuff coming!

 

Pacu  – Juki

 

Industri muzik hip hop tempatan terus berkembang dengan kemunculan seorang lagi rapper berhijab bergelar Juki. Gara-gara hijabnya dia pasti akan dibandingkan dengan rakan seindustri, Bunga namun Juki mempunyai identiti tersendiri yang jauh berbeza dengan artis seangkatannya. Selain cara penampilan, gaya rap Juki tampak lebih matang dan lagu Pacu ini merupakan satu contoh yang baik sebagai lagu pengenalan untuk seorang artis baharu sepertinya. Lagu yang dicipta oleh Mingaling dengan lirik oleh Amir Hasan serta Juki ini sendiri mempunyai harapan untuk mengumpul peminatnya sendiri. Selain susunan muzik yang kuat dan korus hip hop yang bertenaga lagu ini mampu memacu ke hadapan!

Cinta Sekali Lagi– Marcus Lee dan Syakirah Noble

  

Karya dari seberang tambak minggu ini menampilkan sebuah lagu duet berbentuk balada yang berjudul Cinta Sekali Lagi. Ia didendangkan oleh penyanyi berbangsa Cina dari Singapura Marcus Lee bersama penyanyi yang semakin meningkat naik, Syakirah Noble. Marcus yang sememangnya dikenali dalam kalangan pendengar muzik Mandopop Singapura pernah melancarkan lagu ciptaannya sendiri ini dalam versi Mandarin namun kali ini ia diterjemahkan dengan baik ke dalam Bahasa Melayu oleh Syakirah Noble yang turut sama melagukan karya ini. Digubah dengan begitu baik oleh Marcus, duet ini merupakan satu kolaborasi yang berjaya kerana iramanya sangat menyenangkan dan mempunyai mood yang agak santai. Berbekalkan petikan gitar mudah dan suara hebat Marcus serta Syakirah ia mirip lagu-lagu asal Indonesia yang pasti disukai ramai. Diserikan dengan sebaris bait lirik di dalam Bahasa Inggeris di hujung korus berbunyi “With time I’ll learn how to love once again..” seolah-olah melengkapkan lagu ini dengan sempurna. Tahniah buat Marcus dan Syakirah atas kejayaan ini.

 

Changes  – Dani Athiruddin

   

Nampaknya semakin banyak vokalis senusantara yang mampu menghasilkan lagu bahasa Inggeris dengan kualiti antarabangsa. Tidak ketinggalan adalah Dani Athiruddin atau lebih dkenali sebagai Dani dari Brunei Darussalam. Lagunya bertajuk Changes ini dicipta oleh Claire Chew, RIIDEM, dan Razaaq Muntassir dengan lirik oleh Razaaq Muntassir serta Dani sendiri. Mengingatkan saya kepada lagu-lagu nyanyian Shawn Mendes, Charlie Puth dan yang seangkatan dengannya, Changes unggul dalam gubahan dan mempunyai lirik yang ditulis dengan baik. Malah suara Dani juga memang sesuai untuk lagu seperti ini yang mampu menyentuh emosi. Mempunyai semua intipati untuk sebuah lagu yang baik, Changes akan mengubah persepsi anda tentang muzik kelahiran bintang Brunei. - Getaran, 16 Mac 2022

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Saya Jumpa Dia Sekali Saja, Tapi Tak Boleh Lupa - RADi Jelaskan Tentang Cinta Pandang Pertamanya

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Inspirasi 'Glimps Of Us', Aisha Retno Perkenalkan 'I Love Sadness More'!

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN