web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Girlband ‘SPARKGIRLS’ Indonesia Mungkin Sukar Tembusi Malaysia?

Jika berniat menembusi pasaran Malaysia, mereka perlu bersaing dengan beberapa girlband ternama negara seperti Dolla, De Fam, Cassia dan Nona.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 1:01PM

SPARKGIRLS

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Realiti yang perlu diterima ialah gelombang Hallyu memberikan sebuah nuansa baharu dalam sejarah perubahan era muzik dunia. Dinamiknya revolusi muzik di Korea Selatan membuatkan anak seninya sering bersaing untuk mendapat perhatian dan tempat di hati peminat.

Kebiasaannya, mereka tampil dalam kumpulan yang telah dilatih bertahun-tahun sebelum debut. Sebab itu artisnya wajib versatile iaitu tidak hanya mempunyai vokal yang mantap, malah harus pandai menari dan rupawan mengikut standard kecantikan masyarakat di sana.

Namun begitu, kerana persaingan yang terlalu sengit dalam industri mereka membuatkan tidak sedikit kumpulan yang dibubarkan selepas debut.

Tahun lalu sahaja menyaksikan kumpulan seperti GOT7, IZ*ONE, Seven O’Clock, HOTSHOT dan GFriend yang ditamatkan kontrak oleh syarikat masing-masing. Mereka kemudian bergerak sendiri atau cuba menyertai mana-mana syarikat baharu selepas itu.

Namun begitu, pakej wajib ada bagi selebrti di Korea Selatan itu kemudian diadaptasi dan diguna pakai oleh kebanyakan peminat K-pop sekali gus menghadirkan lebih banyak boyband atau girlband mewakili negara masing-masing.

Selepas GLASS, kini Indonesia memperkenalkan sebuah girlband dari Bandung yang diberi nama SPARKGIRLS yang mempunyai tujuh orang ahli iaitu Rou, Dewi, Putsen, Reva, Monick, Nana dan Khayla.

Menerusi debut kumpulan oleh Spark Entertainment ini, mereka memperkenalkan lagu Bloody Love sebagai taruhan pertama mereka yang menceritakan bahawa wanita mestilah mempunyai harga diri dan jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya lelaki.

Sparkgirls - Bloody Love (Official Music Video) - YouTube Sekali dengar Bloody Love memang mempunyai muzik pop yang menangkap selain video muzik yang menarik.

Namun, jika mereka berniat menembusi Malaysia, mereka perlu bersaing dengan beberapa girlband yang memang sudah mempunyai peminat yang kuat di Malaysia seperti Dolla. Tidak ketinggalan beberapa kumpulan lain yang tidak kurang hebat seperti De Fam, Cassia dan Nona yang semakin mendapat perhatian.

Untuk benar-benar mendapat tempat dihati peminat M-pop, SPARKGIRL perlu tampil lebih berbeza, mempunyai keunikan tersendiri dan tidak dilihat seperti hanya sebuah lagi kumpulan ala-ala Korea yang sedang tumbuh.

Kerana jika hanya bergantung kepada lagu, muzik video dan koreografi, Malaysia sudah mempunyai girlband yang meyakinkan untuk ketiga-tiga ciri tersebut seterusnya membuatkan mereka mungkin mempunyai masa yang sukar untuk menembusi pasaran Malaysia setahun ini.

Ketika penulis bertanyakan ciri paling signifikan yang membuatkan kumpulan ini menonjol daripada kumpulan yang lainnya semasa sesi sidang media atas talian baru-baru ini, mereka tidak berjaya memberikan jawapan yang meyakinkan baik dari konsep band atau lagu.

SPARKGIRLS sebaliknya mengatakan personaliti yang ada pada setiap ahli kumpulan adalah aset dan kelainan yang membuatnya berbeza daripada lambakan girlband yang ada.

Tidak ada yang salah tentang jawapan itu, cuma ia kurang meyakinkan kerana seorang pendengar baharu tidak akan sibuk-subuk mahu tahu seorang demi seorang penyanyi yang ada melainkan mereka benar-benar tertarik dengan muzik dan konsep yang ditawarkan kumpulan berkenaan.

Namun begitu, ini hanyalah langkah pertama untuk SPARKGIRLS dan semestinya mereka mempunyai perjalanan jauh yang membuatkan mereka mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk menghadiahkan sesuatu yang lebih mengesankan seterusnya membuktikan ramalan penulis silap sama sekali. Semoga berjaya diucapkan! - Getaran, 15 Mac 2022


Sumber foto: SPARKGIRLS

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN