web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Blackpink Paling Banyak Didengari Di Spotify Sepanjang 8 Tahun!

Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ nyanyian Blackpink merupakan lagu paling banyak dimainkan sepanjang 8 tahun di Spotify diikuti ‘Fancy’ nyanyian Twice dan ‘Dalla Dalla’ oleh Itzy.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 11:15AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman lagu terkenal, Spotify mengumumkan penjenamaan semula segmen muzik Korea mereka yang diberi nama K-Pop ON! menggantikan nama sebelum ini iaitu K-Pop Daebak yang diluncurkan pada tahun 2014. 

Menurut Spotify, dalam tempoh 90 hari, terdapat 8 bilion pengguna yang mendengar platform itu di seluruh dunia. 

Apa yang menarik lagi, 4.7 juta pendengar mencari kata nama ‘K-Pop’ menunjukkan bahawa lagu-lagu dari negara tersebut semakin mendapat tempat yang istimewa di hati pendengar. 

K-pop sangat menonjol hari ini bukan hanya dari segi muzik malah merangkumi fesyen, drama, makanan, budaya sehingga menciptakan fandom (kumpulan peminat) yang semakin ramai dan kuat di seluruh dunia.

“Dengan segmen K-Pop On! Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman para peminat K-Pop dengan menghubungkan mereka dengan artis kesayangan melalui muzik yang lebih kreatif,” kata Spotify dalam satu kenyataan akhbar. 

Bukan itu sahaja, Spotify turut berkongsi beberapa data lagu-lagu Korea yang dimainkan sejak tahun 2014. 

Ternyata, lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ nyanyian Blackpink merupakan lagu paling banyak dimainkan di Spotify diikuti 'Fancy' nyanyian Twice dan 'Dalla Dalla' oleh Itzy.

Berikut ialah senarai penuh artis serta lagu Korea Selatan yang menonjol sejak 8 tahun lalu.

 

Lagu paling banyak didengari

    'Ddu-Du Ddu-Du' oleh Blackpink

    'Fancy' oleh Twice

    'Dalla Dalla' oleh Itzy

    'Kill This Love' oleh Blackpink

    'Solo' oleh Jennie Blackpink

   'Love Scenario' oleh Ikon

    'Boy with Luv' oleh BTS

   'As if it’s Your Last' oleh Blackpink

    'Bad Boy' oleh Red Velvet

 

Grup wanita paling popular

    Blackpink

    Twice

    Red Velvet

    Itzy

    (G)I-dle

 

Grup lelaki paling popular

BTS

EXO

Stray Kids

Ikon

TomorrowXTogether

 

Lagu di carta teratas mengikut tahun

 2017: 'As if it’s Your Last' oleh Blackpink

 2018: 'Ddu-Du Ddu-Du' oleh Blackpink

 2019: 'Dalla Dalla' oleh Itzy

 2020: 'Wannabe' oleh Itzy

 2021: 'Next Level' oleh Aespa

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

TARA 2 tahun yang lalu

Panggilan Buat BTS Army, Pameran 'B★VERSE', Kini Singgah di Pavilion Bukit Jalil

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Terima MBE, Hadiri Jamuan Negara Di Istana Buckingham

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Anggota BTS Sedia Mula Khidmat Tentera

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN