web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Ebadey 'Jelmaan' Michael Jackson Dari Sabah

Pada awal tahun ini muncul seorang pemuda, dari Semporna, Sabah yang mempunyai bakat tarian dan menyanyi mirip penghibur legenda Michael Jackson sehinggakan video persembahannya meraih pujian serta tular.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 5:39PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila menyebut nama mendiang Michael Jackson, pasti ramai mengaguminya sebagai penghibur yang lincah menari sambil menyanyi dan sehingga kini karya seni serta rentak tariannya tetap diingati walaupun beliau sudah meninggal dunia pada 2009.

Tidak terkecuali di Malaysia, raja pop itu mempunyai peminat tersendiri dengan ada yang bukan sahaja mampu melantunkan lagu-lagu mendiang malah berupaya menari lincah mengikut gerak-geri Jackson lengkap berpakaian hampir serupa. 

Pada awal tahun ini muncul seorang pemuda, Ahmad Ebadey Ahmad Salleh, 24, dari Semporna, Sabah yang mempunyai bakat tarian dan menyanyi mirip penghibur legenda itu sehinggakan video persembahannya meraih pujian serta tular menerusi media sosial.

Dengan mengenakan topi, jaket hitam dan sarung tangan sambil melakukan gerak tarian ‘moonwalk’ ketika melakukan persembahan, kemunculan Ahmad Ebadey menampakkan dirinya seperti jelmaan Michael Jackson.

Ahmad Ebadey ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata beliau mempelajari dan berlatih nyanyian serta gaya tarian Jackson sejak berumur sembilan tahun.

"Bermula daripada ayah yang sering memainkan lagu-lagu Michael Jackson, secara tidak langsung ia telah menimbulkan minat kepada saya untuk mempelajari rentak tarian dan berlatih sendiri di rumah.

"Klip video tarian Michael Jackson juga banyak memberi inspirasi kepada saya, mula-mula saya belajar pergerakan, lama-lama apabila sudah dapat rentak baru menyanyi, jadi ambil masa belasan tahun juga untuk saya menjiwai kedua-duanya," katanya.

Bercerita lanjut, bekas operator kilang di Shah Alam, Selangor itu berkata beliau tidak terlintas video persembahannya di sebuah restoran di Bandar Sunway tular dan mendapat reaksi ribuan warga maya kerana ia dibuat hanya untuk suka-suka dan menghiburkan orang ramai.

Menurut Ahmad Ebadey, beliau mula melakukan persembahan secara langsung di khalayak ramai pada November lepas selepas menerima tawaran daripada kumpulan busker, Project-X Band yang kerap mengadakan persembahan di restoran tersebut.

"Saya asalnya merupakan pelanggan tetap di sebuah restoran tempat Project-X Band selalu buat persembahan. Selepas habis waktu bekerja, saya akan datang (ke restoran) dan lepak bersama kawan-kawan. Kadang-kadang saya akan menyanyi juga.

"Selepas mereka (Project- X Band) tahu saya sudah berhenti kerja, mereka menawarkan saya supaya menyanyi ‘busking’ sepenuh masa bersama-sama dan ini mungkin rezeki saya kerana selama ini tidak berpeluang,” katanya yang merantau ke Lembah Klang sejak 2019.

Ahmad Ebadey yang masih bujang berkata kelengkapan pakaian mirip Jackson dibeli sendiri supaya persembahannya dilihat lebih sempurna ketika menyanyi lagu-lagu ikon pop itu.

Antara lagu popular Jackson yang sering dipersembahkan Ahmad Ebadey ialah 'Billie Jean', 'Beat It', 'Bad' dan 'Smooth Criminal'.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Rizal Ezuan Zulkifly Tony berkata Ahmad Ebadey berjaya menerapkan nilai muzik dan nilai tari yang sangat baik kerana boleh meniru gaya Jackson dalam keadaan yang ‘selesa’.

"Ada orang boleh tiru tarian tetapi apabila melakukan pergerakan (tarian), orang itu kurang selesa menyanyi, bagi Ahmad Ebadey saya nampak beliau selesa melakukannya.

"Ini kerana secara psikologi otak Ahmad Ebadey telah dilatih sejak kecil lagi untuk fokus melakukan dua perkara dengan serentak.

"Ditambah pula dengan minat, bakat dan kerja keras yang beliau lakukan,” katanya yang yakin bakat Ahmad Ebadey dapat dikembangkan sekiranya dilatih secara formal mengenai ilmu muzik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN