web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Versi Percintaan Baharu Pink Sweat$

Percintaan bukan sahaja wujud antara dua jiwa tetapi juga hadir dalam persahabatan, diri sendiri dan keyakinan terhadap Tuhan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 4:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika melihat tren muzik zaman ini, ramai generasi muda lebih menggemari rentak rancak seperti EDM atau rap berbanding lagu balada dan pop. Namun, sesiapa yang mendengar lagu-lagu ciptaan Pink Sweat$ pasti akan jatuh cinta dengan keindahan lirik serta  keunikan bunyinya. 

Menurut Pink Sweat$, dia berasa lebih selesa menggandingkan suaranya dengan petikan gitar akustik sebagai latar belakang melodi kerana ia menyuntik aura yang menenangkan.  

Bagi meraikan fasa baharu, penyanyi ini menghadiahkan buah tangan berjudul Pink Moon khas buat peminat. 

Baru-baru ini kami sempat menemu ramah penyanyi ini secara eksklusif lewat panggilan video yang diatur syarikat rakaman Warner Music. Dalam wawancara ini Pink Sweat$ berkongsi tentang proses pembikinan EP terbaharunya dan beberapa perkara lain. 

Apakah inspirasi disebalik EP, Pink Moon ini?

Saya menulis Pink Moon kerana ingin menceritakan tentang percintaan dari sudut yang berbeza. Mungkin sebelum ini saya hanya kaitkan percintaan dengan ketidakpastian dan kekecewaan tetapi kini padangan saya telah berubah. 

Saya menyedari bahawa untuk betul-betul memahami konsep percintaan, kita perlu belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman, menaruh harapan yang tinggi dan tidak rasional terhadap seseorang akan hanya mengecewakan diri kita. 

Jadi, kita tidak boleh mengharapkan kebahagiaan daripada orang lain demi membuatkan kita bahagia. Percintaan bukan sekadar antara dua jiwa tetapi ia juga hadir dalam persahabatan, diri sendiri dan keyakinan terhadap Tuhan. 

Mengapakah Pink Sweat$ mengekalkan tema percintaan dalam album ini sepertimana album-album terdahulu? 

Sebagai seorang pemuzik, saya mengaku bahawa saya perlu meneroka peredaran muzik terkini dan tema lain agar mutu penulisan bertambah baik. Tapi, saya tahu saya tidak boleh menghasilkan sesuatu yang tidak pernah saya lalui sendiri.

Niat saya untuk album ini bukanlah untuk menyajikan para pendengar dengan sesuatu yang lain 100 peratus. Saya masih ingin mengekalkan tema percintaan sambil memberi pandangan yang lebih terbuka dan segar dalam seni bercerita. Saya berharap penulisan saya kali ini dapat mengajak para pendengar untuk lebih terbuka dalam menerima cinta.

Berbicara tentang cinta, apakah tiga bahasa (love language) cinta Pink Sweat$?

Seperti yang kita semua tahu, setiap orang memiliki love language tersendiri dan cara mengungkapkan cinta mereka. Justeru itu, memahami love language diri sendiri dan pasangan kita adalah penting untuk memastikan hubungan itu kekal sihat. 

Bahasa cinta saya adalah kata-kata dan pujian (words of affirmation), sentuhan fizikal dan menghabiskan waktu bersama (quality time). 

Antara semua lagu dalam EP ini, yang mana satu menjadi lagu kegemaran Pink Sweat$?

Semestinya lagu ‘Real Thing’. Ia adalah lagu pertama yang saya hasilkan selepas lama berdiam diri. Sejujurnya, pandemik ini membuat saya rasa lesu untuk terus berkarya. Lagu inilah yang meniup semula semangat cinta muzik itu dan menjadi sebab kenapa saya menulis keseluruhan EP ini. Selain itu, saya juga  berpeluang untuk bekerjasama dengan penyanyi Tori Kelly dalam menjayakan lagu ini.

Bagaimana perasaan Pink Sweat$ bila dapat berkolaborasi bersama Tori Kelly dalam lagu ‘Real Thing’?

Tori Kelly antara artis yang saya hormat dan pandang tinggi. Siapa sangka, lockdown ini membuatkan kami menjadi lebih akrab kerana sering berbual tentang muzik. Auranya yang positif membuatkan saya rasa selamat untuk berkongsi idea-idea tak kiralah apa pun. Saya rasa sebab itu juga kami dapat menghasilkan karya yang epik bersama.

Dalam perkembangan lain, Pink Sweat$ juga tidak ketinggalan berkongsi tentang persembahannya di beberapa festival muzik tahun ini seperti Coachella Valley Music and Arts Festival di Amerika Syarikat dan Seoul Jazz Festival di Seoul, Korea Selatan. 

EP terbaharu Pink Sweat$ berjudul Pink Moon kini boleh didengar di semua pelantar penstriman mulai hari ini. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Warner Music

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN