Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 11:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Bad’ - Dolla

Kumpulan vokal wanita tempatan yang paling hangat masa kini Dolla kembali dengan sebuah lagi karya mengasyikkan bertajuk 'Bad'. Lagu ciptaan Ludwig Lindell, Karl-Oskar 'Cage' Gummesson dan Yonnyboii ini jelas menepati DNA kumpulan Dolla. Ia menampilkan irama yang rancak, moden malah sangat kontemporari. Masih mirip dengan muzik ala-ala K-pop, 'Bad' memberi lebih banyak ‘attitude’ jika dibandingkan dengan lagu terdahulu mereka, ‘Berani’. Gabungan lirik Bahasa Malaysia dan Inggeris juga memberikan sedikit kelainan pada karya ini untuk mencuri perhatian para pendengar. Yang pasti lagu ini akan dibandingkan dengan dua karya sulung mereka sebelum ini iaitu 'Dolla Makes You Wanna' dan juga 'Impikan'. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga lagu ini mempunyai banyak persamaan dan mungkin apa yang bakal membezakan antara ketiga-tiganya adalah benar-benar cita rasa mereka yang mendengarnya. Apa-apa pun tahniah buat Dolla atas satu lagi projek yang boleh dibanggakan. 

 

‘Fool’ - Aina Abdul

   

Pada saya karya ini merupakan karya yang terbaik untuk senarai ulasan lagu saya minggu ini. Penyanyi yang sentiasa mencuba sesuatu yang baharu, Aina Abdul tampil dengan sebuah lagi lagu hebat berbahasa Inggeris ciptaan Sarry Khaled dan Aina Abdul sendiri. Dari pembukaan lagunya sahaja saya sudah tertarik dengan irama yang dimainkan. Kemasukan vokal Aina yang sememangnya jitu pula menghidupkan lagi lagu ini. Dengan judul ‘Fool’, Aina berjaya membuat lagu ini setaraf dengan karya-karya antarabangsa yang kerap kita dengar di corong radio dan di ruang internet. Lagu ini mempunyai segala unsur yang diperlukan untuk sebuah karya berkualiti iaitu melodi yang kuat, lirik bermakna serta vokal penyanyi yang hebat. Malah, para pendengar pasti ingin berdansa saat mendengar lagu ini dan ia juga boleh menjadi lagu kelab bagi penggemar genre sedemikian. Jika diberi peluang lebih besar Fool mampu merantau jauh ke luar negara. Syabas buat Aina Abdul sekali lagi!

 

‘Bayang-Bayang’ - Abjad Aksara

 

Lagu ini juga merupakan sebuah lagi karya tempatan yang membanggakan. Pada saya lagu ciptaan Adam Harris, Sairul, Hazrel Hazeq dan Ekmal Harris dengan lirik oleh Adam Harris ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Mengingatkan saya pada kugiran-kugiran antarabangsa, Bayang-Bayang mempunyai susunan muzik yang baik serta pendekatan moden biarpun ia menyulamkan sedikit gaya kumpulan rock hujung 90-an dan awal milenium seperti Oasis, Cake, Radiohead dan yang seangkatan dengannya. Malah, iramanya menggabungkan identiti pelbagai band yang saya kira mempengaruhi kumpulan ini dalam menghasilkan projek-projek mereka. Ia mengasyikkan, lari dari kebiasaan lagu-lagu kumpulan rock tempatan dan mempunyai unsur alternatif, pop dan pada masa yang sama masih dapat diterima oleh peminat kedua-dua genre. Harapan saya semoga lagu ini diberi kesempatan untuk dimainkan di corong-corong radio tempatan. Teruskan berkarya Abjad Aksara!

 

‘Ingat-Ingat’ - Atrez featuring Karim Supnan

Karya Singapura minggu ini berupa sebuah lagu hip hop berjudul 'Ingat-Ingat'. Lagu ini menampilkan vokal rap Atrez yang mempunyai karakternya tersendiri. Ia diserikan lagi dengan suara nyanyian Karim Supnan sebagai unsur sokongan untuk membantu melodi lagu ini ‘mengalir’. Jelas sekali dari judul lagunya, ia merupakan lagu yang mempunyai peringatan positif buat pendengarnya. Rancak dan menghiburkan, namun untuk bersaing dengan dunia hip hop nusantara masa kini ia mungkin agak mencabar kerana lagu ini mungkin susah untuk menonjol kerana agak mirip dengan gaya karya-karya rap Malaysia yang pernah didengari sebelum ini. Malah secara peribadi, liriknya juga pada saya boleh diperbaiki jika penghujung setiap bait lirik mempunyai rima supaya penghujung setiap suku kata mempunyai sebutan ‘bunyi’ yang sama. Secara umum, formula ini membantu pendengar mengingati sesebuah lagu dengan baik dan lebih mudah untuk dinyanyikan. Sungguhpun begitu, korusnya mudah diingati dan jika diberi peluang ia mungkin ada harapan. Satu cubaan yang baik dan semoga karya selepas ini lebih progresif dan menghiburkan. 

 

‘Hubungan Tanpa Status’ - Rizal Rasid   

Bekas Wajah Tara kami Rizal Rasid, dari Brunei Darussalam mempertaruhkan lagu solonya yang kedua bertajuk 'Hubungan Tanpa Status' minggu ini. Dicipta oleh Isyraf Yusri dengan lirik oleh Isyraf Yusri, Hady Andhika dan Rizal Rasid sendiri, lagu ini merupakan sebuah balada cinta yang mudah dan sedap didengar. Suara Rizal yang sememangnya merdu mengingatkan saya kepada vokal penyanyi-penyanyi Indonesia kontemporari dan ini sangat membantu menghidupkan lagi karya ini. Susunan muzik lagu ini pada saya lebih progresif daripada karya Rizal sebelumnya yang berjudul 'Cukup'. Walau bagaimanapun korus lagu solonya dahulu mungkin lebih mudah diingati berbanding 'Hubungan Tanpa Status' ini kerana ‘hook’nya agak samar berbanding karya sulungnya. Namun lagunya tetap wajar diberi peluang kerana iramanya jelas menunjukkan 'Hubungan Tanpa Status' juga layak menjadi runut bunyi untuk siri drama seperti 'Cukup' dahulu, berkat mood dan tema yang ditampilkan dalam lagu ini. Syabas buat semua warga kerja projek ini. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 hari yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 9 bulan yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 8 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN