Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Alfred Ho Penyanyi Cacat Penglihatan Bakal Beraksi Di V’s Lounge

Pernah muncul di Asia’s Got Talent 2017, penyanyi istimewa Alfred Ho akan membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton di V’s Lounge 1 Mac 2022 nanti.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 9:47AM

Gambar: Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi pencinta muzik tegar, mungkin anda kenal atau pernah menonton persembahan penyanyi istimewa, Alfred Ho yang merupakan seorang penyanyi kurang upaya penglihatan. 

Alfred sangat terkenal dengan kebolehannya menyanyikan lagu-lagu Inggeris era 70-an seperti lagu-lagu Elvis Presley, Cliff Richard, Johnny Tillotson, Ricky Nelson, Pat Boone, Russ Hamilton dan ramai lagi.

Alfred Ho
Alfred Ho

Alfred juga mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Melayu dengan baik terutamanya lagu-lagu dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bukan sahaja hebat dalam nyanyian, Alfred yang kini berusia 73 tahun turut handal bermain alat muzik. Kebiasaannya, pada setiap persembahan Alfred akan bermain gitar sendiri. 

Lebih mengagumkan, Alfred pernah menyertai rancangan pencarian bakat terkenal, Asia’s Got Talent pada tahun 2017 dan memukau kesemua juri pada ketika itu.

Namun langit tidak selalunya cerah untuk dia yang telah menghambakan diri dalam dunia nyanyian selama lebih 40 tahun.

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia kira-kira dua tahun lalu, ditambah dengan keadaan kesihatannya yang kurang baik, Alfred tidak lagi mampu mencari rezeki dengan membuat persembahan.

Dia terputus mata pencarian dan bergantung 100 peratus kepada pendapatan isterinya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah klinik dan juga bantuan yang dihulurkan oleh Yayasan Kebajikan Artis Tanahair yang dikelolakan oleh Datuk Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave.

“Saya tulis surat kepada Datuk DJ Dave untuk memberitahunya tentang masalah kesihatan saya. Saya mempunyai masalah kesihatan prostat, juga tekanan darah tinggi dan diabetes.

“Saya mendapat rawatan di Hospital Universiti Malaya. Namun banyak ubat yang perlu dibeli di luar.

“Saya juga sedang merancang untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta, kerana di Hospital Universiti saya perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan pengesahan rawatan yang mengambil masa antara enam bulan hingga setahun.

“Saya tiada pendapatan sejak kira-kira dua tahun lalu. Pendapatan isteri saya juga tidak banyak kerana dia hanya berkerja selama tiga jam sehari,” katanya. 

Menurut Datuk DJ Dave, yayasan yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu ini memang bertujuan untuk membantu insan seni yang memerlukan bantuan terutamanya untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Sejak ditubuhkan, yayasan ini telah membantu lebih dari 1600 anak seni yang berada dalam kesempitan.

“Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, saya sentiasa memantau kebajikan para artis tidak kira bangsa dan agama. Malah kami juga ke Sabah dan Sarawak untuk menghulurkan bantuan.

“Jika ada artis yang sudah mencecah usia 60 tahun, kita beri mereka RM2000 sebagai penghargaan buat mereka. Kadangkala duit bukan segalanya, tetapi perhargaan sebagai artis itu lebih utama.

“Ada sekitar lapan atau sembilan orang artis yang menerima skim pencen kami yang diberikan setiap bulan termasuklah Alfred,” katanya. 

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair turut mendapat bantuan dari kerajaan serta badan-badan korporat yang bermurah hati untuk menderma. 

Selepas dua tahun menjalani kehidupan tanpa kerja tetap, Alfred kini sudah bersedia untuk beraksi semula di hadapan penonton.

Dia diundang untuk membuat persembahan istimewa di V's Lounge, yang merupakan sebahagian daripada premis gaya hidup di bawah syarikat  PETRA Lifestyle pada 1 Mac depan.

Peluang untuk membuat persembahan di V's Lounge datang selepas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRA Datuk (Dr.) Vinod Sekhar dimaklumkan tentang nasib penyanyi itu baru-baru ini oleh Patrick Teoh yang merupakan kawan lama Alfred.

“Malangnya, apa yang berlaku kepada ikon Malaysia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, masih berlaku sehingga kini. Setelah beberapa dekad, artis dan dan penggiat industri kreatif masih dinafikan pampasan yang adil untuk semua bakti mereka,” katanya.

“Pandemik yang berlaku ini telah memburukkan lagi situasi buat mereka dengan pelbagai sekatan dan peraturan yang menghalang mereka daripada aktiviti mencari rezeki. 

“Saya membantu Alfred kerana saya berada dalam kedudukan untuk membantu orang lain. Ini bukannya sedekah. Ini adalah salah satu pemberian dan sokongan untuk mengembalikan maruah insan sepertinya supaya mereka boleh memperoleh pendapatan dengan lebih baik selepas ini,” tambahnya. 

Datuk Vinod menerusi Yayasan Vinod Sekhar berbesar hati untuk memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada Alfred supaya dia dapat meneruskan kehidupan untuk hari-hari mendatang.

Sementara itu Alfred mengakui teruja untuk kembali membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton setelah dua tahun membuat persembahan menerusi rakaman yang dimuat naik ke saluran YouTube rasminya. 

“Saya teruja dengan persembahan yang akan datang ini kerana sepanjang tempoh pandemik saya hanya mampu berekspresi secara kreatif di rumah.

“Seronok diberi peluang menyanyi kepada penonton secara langsung sekali lagi,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2022

Isu Pada

Mengulit Mimpi, Terapi Diri

26 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

2

TARA 10 bulan yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Itu Bukan Saya’, DJ Dave Nafi Minta Pinjam Wang Menerusi Whatsapp

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kehadiran Sharnaaz Ahmad Tak Ganggu Persembahan Shila Amzah Di Pentas GV9

Sorotan

1

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

2

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

4

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

5

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

6

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

7

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 20 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar