web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alena Murang Bakal Beraksi Dengan Pemuzik Jepun di Konsert 'Min'Yo'

Dianjurkan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), konsert itu bakal menampilkan lima pemuzik Jepun serta pemain sape terkenal Sarawak, Alena Murang, sebagai pemuzik jemputan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:53PM

Alena Murang. Gambar: Instagram @alenamurang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia tahun ini akan menganjurkan konsert lagu rakyat Jepun Min’yo pada 4 hingga 5 Mac di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac).

Dianjurkan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), konsert itu bakal menampilkan lima pemuzik Jepun serta pemain sape terkenal Sarawak, Alena Murang, sebagai pemuzik jemputan, menurut kenyataan JFKL.

Peminat muzik berpeluang menyaksikan secara langsung kelainan gaya persembahan Min’yo yang biasanya tampil dengan persembahan secara tradisional.

Min’yo atau lagu-lagu rakyat, yang secara tradisinya dinyanyikan dalam kalangan penduduk bandar dan teknik nyanyian dikenali sebagai 'Kobushi'.

“Kebiasaanya persembahan Min’yo terdiri vokal, Shakuhachi (seruling buluh), Shamisen dan Shimedaiko (dram kecil). Tetapi kali ini penonton berpeluang menyaksikan persembahan Wadaiko (dram besar) dan genderang,” menurut kenyataan itu. 

Konsert ini disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Japan Airlines dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Malaysia dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

Antara pemuzik Jepun yang bakal membuat penampilan termasuk Tanaka Shiho, Kato Erina, Tsukuda Koshi, Kato Takuya, Kumagai Daisuke dan Hiranuma Jin’ichi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.jfkl.org.my/events/minyomusicconcert/. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN