Berita Terkini

21 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 11:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Engkaulah Wanitaku' - Jamiel Said

Cinta dengaran pertama. Itulah yang dapat saya simpulkan tentang lagu ini. Dicipta sepenuhnya oleh penyanyi ini sendiri, 'Engkaulah Wanitaku' merupakan sebuah karya yang diolah dengan begitu bijak oleh Jamiel Said. Bait-bait liriknya manis mengundang senyuman dan melodinya santai namun mengasyikkan. Untuk seseorang yang masih dianggap tidak sepopular nama-nama besar industri seni suara tempatan, Jamiel mampu mencuri perhatian pendengar dengan gaya nyanyiannya yang merdu namun bersahaja. Malah, ia kadang kedengaran seperti lagu-lagu dari Indonesia yang kerap menjadi pilihan anak muda zaman sekarang. Tidak perlu jeritan, hanya mainan vokal mudah dan iringan gitar yang mampu membuat kita ralit terhibur. Cubaan yang sangat bagus dan boleh menjadi popular jika diberi pendedahan yang lebih banyak. Syabas Jamiel.

'Layarkan' - Prasangka  

Karya ini jelas kedengaran sebuah lagu berunsur puisi, iramanya sedap didengar dan susunan muziknya juga menarik. Namun, vokal penyanyinya pada saya kurang enak apatah lagi selepas mendengar lagu yang baru saya ulas di atas, yang juga bersenjatakan gitar dan vokal. Walau bagaimanapun lagu yang dicipta Ajis Hisham dengan lirik oleh Kader Kesuma serta Ajis sendiri ini mungkin akan lebih sedap didengar jika vokalisnya mempunyai suara yang lebih baik atau mungkin jika dinyanyikan oleh seorang wanita. Sungguhpun begitu, ini hanyalah pendapat peribadi saya sendiri dan mungkin peminat muzik lain punya pandangan yang berbeza. Semoga Prasangka akan terus mencuba dalam pelayaran seterusnya.    

 

'Merasuk' - Imagi 

Intro lagu ini sahaja sudah cukup memberikan gambaran yang baik tentang karya ini. Dicipta oleh Amy Bong dengan lirik oleh Bab, Afiz Safar serta Amy Bong sendiri, 'Merasuk' merupakan sebuah lagu yang wajar diberi pujian. Mempunyai nuansa mirip lagu-lagu antarabangsa, kadang ia mengingatkan saya kepada Muse serta kumpulan lain yang mempunyai muzik mirip mereka. Suara vokalisnya ada karakter dan muziknya disusun dengan begitu bijak. Malah korusnya pada saya boleh menjadi siulan kerana rentaknya yang mengasyikkan. Sebagai sebuah kumpulan kugiran rock moden, 'Merasuk' boleh menjadi contoh yang baik untuk kumpulan-kumpulan tempatan yang ingin menceburi dunia seni muzik tanah air. Wajar diberi pujian, saya harap lagu ini akan mendapat putaran radio sewajarnya dan akan ada projek lain daripada Imagi yang tidak kurang hebatnya.

'Impianku' - Ilyas Rashid  

Karya Singapura minggu ini berupa sebuah balada mudah berjudul 'Impianku' nyanyian Ilyas Rashid. Dicipta oleh Amyr Abadawn dengan lirik oleh Ilyas Rashid serta Nurul Natasha, lagunya pada saya biasa sahaja. Tiada apa-apa yang menakjubkan dan ini akan membuat ia mudah dilupai. Mungkin Ilyas perlu melakukan sesuatu yang berbeza kerana suara Ilyas juga kurang menyerlah dan seperti sama dengan puluhan vokalis yang baru hendak mencipta nama. Malah biarpun suaranya merdu namun ia kadang kedengaran seperti vokal lantunan dalam sebuah lagu nasyid. Semoga Ilyas akan menemui arah muzik yang lebih sesuai untuk suara dan imejnya selepas ini.

 

'Bintang Terang' - Dayat Ahim  

Sekali lagi karya dari Brunei Darussalam menjadi lagu pilihan saya untuk ulasan minggu ini. 'Bintang Terang' ciptaan penuh Mumtazah Jaafar mempunyai segala rencah yang diperlukan untuk sebuah lagu yang menghiburkan. Apatah lagi saat dilagukan oleh Dayat Ahim, salah seorang vokalis kegemaran saya dari Brunei. Saya baru mengenali muzik dan suara Dayat sekitar setahun lalu, namun lagu-lagunya memang berkualiti serta punya kelainan yang mampu membuat ramai terhibur. Seperti karya-karyanya sebelum ini 'Bintang Terang' mempertaruhkan susunan muzik yang jitu dengan suntikan muzik ala pementasan muzikal yang sesuai digarap bersama suara merdu Dayat. Alunan setiap instrumen yang dimasukkan dalam lagu-lagu ini malah menghidupkan lagi karya ini dan memberikan ia jiwa tersendiri. Teruskan berkarya Dayat! - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 9 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 6 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 2 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran