web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AJL 36 Benarkan Kehadiran 200 Penonton

Mereka yang hadir harus melakukan ujian RTK di mana-mana klinik dan membawa slip ujian itu untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 3:19PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak seperti tahun sebelumnya, penganjuran Anugrah Juara Lagu 36 (AJL36) pada tahun ini membenarkan kehadiran penonton, namun dengan jumlah yang terhad. 

Perkara ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks (MPTN), Datuk Khairul Anwar Salleh (Khai) dalam sidang media AJL 36, sebentar tadi. 

Khai berkata, untuk tahun ini memang kita sudah tetapkan bahawa AJL36 memerlukan kehadiran penonton, untuk mendapatkan semangat sewaktu beraksi.

“Tahun lepas, saya sendiri kasihan melihat peserta-peserta ini bertanding tanpa penonton,” katanya. 

Namun begitu, Khai mengharapkan agar setiap peserta dapat menjaga kesihatan diri mereka dalam tempoh ini. 

“Selain menjalani latihan, mereka juga perlu menjaga kesihatan diri supaya mampu beraksi dengan baik pada pentas akhir AJL nanti,” katanya. 

Sementara itu, pengarah projek AJL36, Russell Mark Rodrigues, penonton yang dibenarkan untuk menghadiri pentas AJL36 ini hanya terhad kepada 200 orang sahaja. 

“Dan ia dilakukan dengan menghantar undangan kepada kelab-kelab peminat setiap peserta yang bertanding. 

“Namun, mereka yang hadir di pentas AJL36 ini harus melakukan ujian RTK di mana-mana klinik dan membawa slip ujian itu untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk,” katanya lagi. 

Mengangkat tema 'Ini Rentak Kita', AJL36 bakal menyaksikan 12 lagu bersaing untuk merebut gelaran Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. 

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara, RM 50,000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan membawa pulang RM 30,000 bersama trofi. 

Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, sementara pemenang kategori Persembahan Terbaik membawa pulang RM12,000 bersama trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada pihak penaja. 

Kesemua 12 lagu tersebut adalah ‘Mimpi' - Haqiem Rusli (komposer dan lirik:  Haqiem Rusli dan Datuk A Aida), ‘Sepi’ - Aina Abdul (komposer: Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Nafas Cinta’ - Khai Bahar dan Aina Abdul (komposer: Khai Bahar dan Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Boneka’ - Ernie Zakri (komposer dan lirik: Omar K, Hugh dan Firdaus Rahmat), ‘Purnama’ - Naim Daniel (komposer: Amzar Radza dan Naim Daniel, lirik: Amzar Razqa) dan 'Pelukan Angkasa' - SOG X Shila Amzah (komposer: Raja Nazrin Shah, lirik: Fazleena Hishamuddin).

Turut tersenarai adalah ‘Intan Payung’ - Noraniza Idris dan Bunga (komposer: Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, lirik: Bunga dan Siqma), ‘Salahku’ – Yonnyboii (komposer dan lirik: Yonninoii), ‘Aewo’ - Shiha Zikir menampilkan Noki (komposer: Ezra Kong, lirik: Ezra Kong dan Noki), ‘Lara’ - Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (komposer: Hael Husaini dan MFMF, lirik: Hael Husaini, Naim Daniel 

Dikendalikan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai hos utama, manakala  Karpet Merah AJL 36 akan dihoskan Sissy Imann dan Sean LJE yang akan bersiaran di TV9 dan YouTube TV3 Malaysia, dari jam 8.30 malam hingga 9.00 malam.

Pentas akhir AJL36 ini juga bakal berisara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam  9.00 malam di TV3 dan distrim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com, www.tonton.com.my dan YouTube TV3 Malaysia. - Getaran, 20 Februari 2022

Gambar: TV3

Isu Pada

Jaclyn Victor - Mekar Melakar Masa Depan

19 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tunggu Laporan Penuh Kes Penonton Maut Dilanggar Kereta Lumba

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Pernah ‘Indie’, Bunkface Cerita Suka Duka Perjalanan Dalam Lagu

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Kisah Di Sebalik Busana Aina Abdul Di AJL36

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN