web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Hari 'Trending' Di Youtube, 'Bad' Dolla Raih 1 Juta Tontonan

‘Bad’ yang menggunakan lirik bahasa Malaysia dan Inggeris masih lagi mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 7:08PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan vokal wanita tempatan, Dolla sekali lagi mengganas menerusi single baharu mereka ‘Bad’ yang diterbitkan pemuzik Sweden, Ludwig Lindell serta Karl-Oskar ‘Cage’. 

Sebaik sahaja tayangan perdana video muzik rasmi ‘Bad’ dilancarkan di platform YouTube pada 11 Feb lalu, ia telah berjaya meraih 100,000 tontonan sekali gus menduduki tangga pertama dalam senarai  sohor kini (trending) di platform tersebut dalam tempoh 24 jam. 

Lebih menarik, dalam tempoh tiga hari ditayangkan di platform YouTube, video muzik ini telah pun mencecah lebih 1.2 juta tontonan dengan 95,00 ribu likes dan lebih 40,000 komen daripada peminat-peminat yang memuji lagu dan persembahan tarian Dolla.

Seperti lagu-lagu terdahulu DOLLA, 'Bad' yang ditulis dan dicipta Ludwig Lindell, Karl-Oskar ‘Cage’, Gummesson dalam bahasa Inggeris dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii dalam bahasa Malaysia ini masih lagi mempertaruhkan tema pemerkasaan  wanita.

Lagu ini  berkisar tentang individu yang telah  dikecewakan berkali-kali dan akhirnya tidak mahu lagi menerima kepahitan itu hingga memilih untuk menyerlahkan sisi gelap mereka yang berbeza.

“Ada yang mungkin akan menganggapnya sebagai lagu patah hati selepas tidak dilayan dengan baik oleh pasangan masing-masing. 

“Bahkan, ada juga yang mungkin menunjukkan lagu ini kepada pasangan atau teman yang tidak pernah memberikan sokongan positif sebaliknya meragui diri masing-masing. 

“Namun, ia boleh diinterpretasikan dengan pelbagai cara terutama menerusi bait lirik yang berbunyi 'You never met a woman just like me, you’ll see, kau takkan pernah agak'.

“Secara peribadi saya rasa 'Bad' merupakan titik perubahan buat Dolla. Jika lagu kami sebelum ini menunjukkan sisi lebih lembut, 'Bad' pula mencerminkan Dolla yang sudah matang dan siap untuk menghadapi dunia,” kata Syasya lagi.

Dolla juga sering menampilkan video-video muzik dalam karya-karya lagu mereka. 'Bad' juga tidak terkecuali. 

“Walaupun memakan masa dua hari untuk disiapkan, ia satu usaha yang berbaloi. Kami terpaksa melakukan banyak sesi latihan untuk mendapatkan keseimbangan vokal dan tarian.  

“Nasib baik cikgu Shafi dan Ezra banyak membantu untuk menonjolkan yang terbaik daripada kami. Malah, kami agak bangga dengan hasil selepas memberikan sedaya-upaya kami.

“Dengan seni tari hebat bersama para penari serta banyak tangkapan visual menarik, video ini benar-benar menunjukkan tenaga positif yang dihasilkan sepanjang penggambaran,” kata Tabby pula. 

'Bad' sudah  tersedia di  semua  platform digital seperti  Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 11 Februari lalu sementara video muzik rasminya turut dilancarkan pada hari sama jam 9 malam di saluran YouTube Vevo Dolla. - Getaran, 16 Februari 2022

Gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN