web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 11:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Cinta Semalam' - Kamal Hamidi & Zul Ariff

Sebuah balada mudah menjadi taruhan duo Kamal Hamidi dan Zul Ariff. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Ilusinasi dan Zul Ariff. Malang sekali, lagunya terlalu biasa di telinga saya. Malah sampai satu tahap ia kedengaran agak membosankan. Biarpun kedua-dua penyanyinya boleh menyanyi namun susunan muzik, lirik dan juga gubahannya agak sukar untuk menyerlah jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang sering kita dengar. Apatah lagi untuk pasangan penyanyi yang masih agak baharu, kekuatan melodi sangat penting untuk menonjolkan bakat, namun sayang misi itu tidak dapat dilakukan dengan jaya lewat karya ini. Semoga percubaan mereka selepas ini lebih baik dan berkualiti.

 

'Jejak' - XPOSE

  

Di awal pembukaan lagu, karya yang berjudul Jejak ini kedengaran biasa, namun kala ia membina momentum mencapai korus, baharulah sengat lagunya menyerlah. Sesuai sebuah lagu rock, suara vokalisnya menepati ciri muzik yang dialunkan dalam lagu ini. Dicipta oleh Hang Nadim dan Eppy Xpose dengan lirik oleh Bunga Cantik, lagu ini mampu berdiri di samping lagu-lagu pop rock Melayu, namun susunan muziknya kadang kedengaran seperti lagu-lagu yang pernah didendangkan pada era 90-an dan kurang progresif jika dibandingkan dengan muzik rock masa kini.  Sungguhpun suara penyanyinya bagus, saya secara peribadi rasa EXPOSE mampu memberikan yang lebih baik jika mendapat gubahan lagu yang mungkin sedikit moden dan berbeza. 

'Habis Sini' - Naim Daniel featuring Joe Flizzow

Karya ini satu kolaborasi yang sangat bijak kerana ia menggabungkan dua penyanyi yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun yang berbeza. Malah, kedua-dua mereka iaitu Naim Daniel dan Joe Flizzow sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri kerana karya-karya hebat yang pernah mereka hasilkan sebelum ini. Dicipta oleh Naim Danial, Joe Flizzow, SonaOne, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat dengan lirik oleh Naim Danial, Joe Flizzow, Mas Dewangga, serta Firdaus Rahmat juga, lagu ini memberi peluang kepada Naim untuk mencungkil bakatnya mendendangkan lagu secara rap sambil menyanyi. Mungkin bukan forte Naim untuk berhip hop namun dia telah cuba memberikan yang terbaik. Semestinya rapnya akan dibandingkan dengan Joe yang agak sukar ditandingi berkat takhtanya sebagai ‘Raja’ hip hop Malaysia. Apa Yyng pasti, cubaan ini satu eksperimen yang baik dan pasti bakal disukai peminat kedua-dua penyanyi.

 

'Sirna' - Haziq Mohamadan 

Ada sesuatu yang menyenangkan tentang lagu ini, namun saya tidak tahu apa sebenarnya yang membuatkan ia menarik. Adakah suara merdu penyanyinya ataupun gubahan dan liriknya oleh Jaybon dan Nana Karia. Lagunya sebenarnya tidaklah rumit, tapi sulaman alat muzik yang digunakan menepati susunan irama dan menjadikannya lagu yang sedap didengar. Penyelitan bunyian biola turut membantu memberikan lagu ini jiwa untuk mengangkatnya sedikit ke aras yang lebih tinggi. Secara peribadi, saya menyukai gaya lagu ini yang santai dan diselang bijak dengan vokal bersahaja penyanyinya. Malah kadang ia mengingatkan saya pada karya antarabangsa dengan genre yang mirip. Syabas Haziq dan pasukan di balik Sirna.  

 

'Teruntuk Wanita' - Kip Hafizuddin 

Karya dari Brunei Darussalam ini menjadi karya kegemaran saya minggu ini. Ia mengingatkan saya pada lagu-lagu balada Indonesia yang kerap membuai perasaan dengan melodi santai dan juga bait-bait lirik menyenangkan. Lebih menarik, lagu ini dicipta dan ditulis oleh penyanyinya sendiri, Kip Hafizuddin yang sememangnya dianugerahkan dengan vokal hebat, bersesuaian dengan gubahannya sendiri.  Lagunya bermula dengan beat mudah yang diwarnai dengan suara Kip yang banyak mendominasi. Perlahan-lahan ia membesar dan menjadi sebuah karya yang agak luar biasa tanpa perlu mencuba dengan berlebih-lebihan. Saya yakin jika lagu ini diberi ruang promosi yang lebih besar, ia boleh menjangkau lebih ramai peminat serantau. Syabas dan ‘Kip’ it coming! - Getaran, 9 Februari 2022

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Kenapa Rapper Yonnyboii Luah Rasa ‘Kecewa’ Selepas Menang AIM23? 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN