web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Cinta’ Bolos ke AJL, Stacy Pertaruh ‘Duit’

Selepas beberapa hari pengumuman AJL, Stacy melancarkan sebuah lagu baru bertajuk ‘Duit’ yang disifatkan paling peribadi untuk menceritakan siapakah penyanyi kelahiran Sabah itu sebenarnya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 2:35PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 Sudah memasuki Februari, debaran malam kemuncak berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL36) semakin dirasai barisan finalis. 

Anugerah yang mengiktiraf komposer, penulis lirik dan penyanyi itu bakal menampilkan 12 lagu termasuklah ‘Cinta’ nyanyian Marsha. Lagu runut bunyi drama ‘Masih Ada Rindu’ itu merupakan hasil ciptaan Stacy dan Akim Ahmad. 

“Apabila ada lagu yang berjaya dan pergi jauh, ia adalah rezeki. Macam lagu ‘Cinta’, tak pernah jangka boleh ke AJL. Syukur Alhamdulillah. Setiap kali keluarkan lagu, kami tidak pernah jangka sejauh mana ia boleh pergi. Cuma keyakinan itu tetap ada. 

“Apabila lagu ‘Cinta’ kami ke AJL, ia memberi lebih semangat. Ini kerana tiada siapa boleh ramal lagu mana yang bagus. Saya percaya masing-masing memainkan peranan. Bukan daripada kami saja, malah dari nyanyian Marsha juga,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Selepas beberapa hari pengumuman itu, Stacy melancarkan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Duit’ yang disifatkan paling peribadi untuk menceritakan siapakah penyanyi kelahiran Sabah itu sebenarnya.

“Lirik lagu Duit ini ditulis terus daripada saya. Dalam lirik ini menceritakan antara pesanan yang selalu saya dengar semasa kecil. Bekalan ilmu dan semangat dalam menempuh kehidupan lebih kepada ajaran daripada orang tua. 

“Dalam masa sama, duit ini boleh tukar mata seseorang dari tak suka kepada suka. Daripada duit juga terhasilnya cerita, asal saja kita tahu sendiri apa disebalik cara mendapatkan duit,” katanya.

Menurut Stacy, menerusi lagu itu juga peminat dan orang ramai akan mengetahui kisah dan perjalanan hidupnya.

“Walaupun sudah hampir 14 tahun bergelar penyanyi, saya berasakan lagu ini adalah pengenalan untuk saya memperkenalkan kehidupan saya dan siapa saya di mata orang ramai. Maklumlah sekarang saya sudah boleh tulis lagu dan lirik sendiri. 

“Kalau dulu lagu ‘Aku Stacy’ lebih pada karakter yang saya sampaikan, tapi ia tidak mewakili saya. Sebab lagu dan liriknya ditulis oleh orang lain. Lagu ‘Duit’ memang lahir dari hati saya. Saya lebih menjiwai dan penceritaannya sampai sebab bercerita mengenai pengalaman dan diri sendiri,” katanya.

Stacy berkata, dengan adanya pembabitan Akim dalam lagu itu sedikit sebanyak mewarnai penghasilan lagu ‘Duit’.. 

Lagu tersebut boleh didengar menerusi Youtube dan semua platform penstriman hari ini. - Getaran, 2 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN