web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Caraku Ilahi’ - Sya Cetuskan Kontroversi Dengan Lirik ‘Madame’

Beberapa pendengar muzik meminta supaya bait lirik itu ditukar kerana perkataan 'Ilahi' itu disifatkan tidak sesuai digunakan kerana menyamai nama panggilan Allah SWT.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 2:03PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak label Def Jam Malaysia mempromosikan single penyanyi dan rapper terbaharu wanita mereka iaitu Sya yang berjudul 'Madame' di platform TikTok pada 22 Disember lalu, ia telah berjaya meraih tontonan sebanyak 568.6 juta tontonan. 

Namun, disebabkan baris lirik ‘...Caraku Ilahi’ yang terdapat di dalam lagu tersebut, ia telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir peminat-peminat muzik rap dan hip hop tempatan. 

Menerusi ruangan komen yang terdapat di dalam akaun TikTok Def Jam Malaysia, beberapa pendengar muzik meminta supaya bait lirik itu ditukar kerana perkataan 'Ilahi' itu disifatkan tidak sesuai digunakan kerana menyamai nama panggilan Allah SWT.

Dan jika ditelusuri baris lirik ‘...Caraku Ilahi’, adakah cara manusia itu harus disamakan dengan Sang Pencipta? Inilah yang dipersoalkan oleh peminat-peminat muzik. 

Menghasilkan lagu rap dan hip hop gaya penyanyi barat, tidak ada salahnya. Tapi haruskah liriknya ditulis asal boleh hanya untuk disesuaikan dengan rentak lagu, tanpa memikirkan implikasinya? 

Ada juga yang menyifatkan lagu ‘Madame’ ini sebagai lagu 'sampah' kerana liriknya tidak membawa makna apa-apa. Mungkin benar juga kerana liriknya lebih bercerita tentang seseorang yang obses tentang hal-hal materi.

Lagu ‘Madame’ yang persembahkan Sya ini adalah ciptaannya sendiri bersama DJ Ziqq dan Bubu Natassia, manakala lirik adalah karya Sya sepenuhnya. 

Persoalannya, bagaimana syarikat rakaman boleh melepaskan lagu ini tanpa melakukan kawal selia terhadap keseluruhan lirik lagu ini? 

Apa pun, di sebalik kontroversi baris lirik lagu ‘...Caraku Ilahi’ dalam lagu ‘Madame’ ini, ada juga segelintir peminat yang memuji vokal dan stail nyanyian Sya.

Mereka berpendapat vokal dan stail nyanyian Sya seakan Doja Cat atau Jhene Aiko dan 'beat lagu ini pula dope'! 

Mari kita tunggu apa penjelasan daripada pihak syarikat rakaman, Def Jam Malaysia tentang kontroversi yang melanda lagu ‘Madame’ ini. - Getaran, 31 Januari 2022

Gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN