web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Top 10 Paling Ramai Peminat K-pop!

Menerusi data yang dikongsi Twitter, 7.8 bilion ciapan menggunakan tanda pagar #KpopTwitter telah direkodkan pada 2021 berbanding hanya 6.7 bilion ciapan pada 2020.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2022 2:24PM

NCT antara kumpulan paling digilai serata dunia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gelombang K-pop atau Hallyu yang perlahan-lahan menakluk dunia semenjak drama 'Winter Sonata' terus menyerlah apabila satu demi satu produk industri kreatif Korea Selatan diiktiraf dunia. 

Mutakhir ini menyaksikan bagaimana peminat K-pop seluruh dunia semakin bertambah dari tahun ke tahun. 

Melihat kepada data yang dikongsi Twitter Global, 7.8 bilion ciapan menggunakan tanda pagar #KpopTwitter telah direkodkan pada 2021 berbanding hanya 6.7 bilion ciapan pada 2020. Ini bermakna perbualan mengenai dunia K-pop telah meningkat sebanyak 16 peratus. 

Menurut analisis berkenaan, Malaysia menjadi negara kesepuluh paling ramai peminat K-pop di dunia. Manakala tangga pertama diduduki Indonesia diikuti Jepun di tangga kedua.  

Antara negara yang turut berada dalam carta sepuluh tertinggi ialah Filipina, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Thailand, Brazil, Mexico dan India. 

Namun begitu, Malaysia menjadi negara ketujuh paling banyak tweet mengenai K-pop selepas Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Amerika Syarikat dan Mexico. 

Perkongsian data itu turut mendedahkan BTS menjadi artis paling banyak diperkatakan di Twitter secara global. NCT pula menduduki tangga kedua diikuti ENHYPEN. Exo di tangga keempat menewaskan Blackpink.

Tidak banyak bezanya di Malaysia, BTS kekal menjadi artis paling banyak diperkatakan di Twitter diikuti NCT dan Ateez. Kemudian ENHYPEN di tangga kelima mendahului Seventeen dan Exo.

Tahun 2021 turut menyaksikan beberapa kumpulan dan selebriti K-pop baharu mendapat perhatian dunia seperti ENHYPEN, TomorrowxTogether, Tresure, Aespa dan ITZY.

Demikianlah antara data yang dapat dikumpulkan dan dicerap melalui interaksi di Twitter. Dapat disimpulkan ikon pop abad ke-21, BTS (@BTS_twt) menerajui takhta artis K-pop paling banyak di Tweet secara global.

Konsert ‘BTS PERMISSION TO DANCE ON STAGE - LA’ telah menyumbang sebanyak 68 juta Tweets di seluruh dunia. Sementara itu, NCT (@NCTsmtown) berada di tempat kedua untuk dua tahun berturut-turut.

ENHYPEN antara kumpulan baharu yang berjaya menawan hati peminat global.
ENHYPEN antara kumpulan baharu yang berjaya menawan hati peminat global.

Walaupun aktiviti K-pop terus melonjak, perbualan berkaitan drama Korea, filem, webtoon dan pelbagai jenis hiburan lain semakin mengukuhkan kedudukannya di persada dunia. Khususnya, webtoon diadaptasi ke drama sangat diminati peminat global.

Buktinya, 'True Beauty', 'Sweet Home' dan 'Navillera' antara webtoon paling banyak dibincangkan di Twitter. Manakala runut bunyi yang popular ialah dari drama 'Itaewon Class' bertajuk  'Sweet Night' yang dinyanyikan V dari kumpulan BTS.

Nampaknya peminat K-pop bukan sahaja berbual mengenai artis malah lagu kegemaran, persembahan mahupun konsert kesukaan mereka.

Malah, mereka turut menunjukkan minat terhadap drama Korea dan webtoon yang disertakan runut bunyi dibintangi idola K-pop kegemaran mereka. 

Seronok menyaksikan bagaimana interaksi hiburan Korea secara global semakin meningkat. Tak sabar melihat lebih banyak perbualan seputar dunia K-pop yang pastinya lebih bervariasi di Twitter tahun ini! - Getaran, 31 Januari 2022

Sumber dan Gambar: Koreaboo

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN