web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


David Arumugam Bantu Promosi Pulau Pinang Menerusi 'Pearl Of The Orient'

Penyanyi legenda kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam akan kembali memeriahkan industri hiburan negara menerusi lagu baharunya 'Pearl of the Orient'.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 8:29AM

Gambar: K. Ganeson, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam akan kembali memeriahkan industri hiburan negara menerusi lagu baharunya 'Pearl of the Orient' yang turut mempromosikan negeri kelahirannya Pulau Pinang.

Lagu daripada album kompilasi The Story Pearl of the Orient yang dilancarkan hari ini itu diterbitkan oleh Persatuan Anak Seni Pulau Pinang (PASPP).

Selain David, anak seni kelahiran Pulau Mutiara iaitu Boy, Aswad AF, Fazlin, Bob Sentuhan, Gee, Jasmin, Faradik, Epol Penang, Kolin, Kamal CRK dan SAM turut menyumbangkan suara untuk album yang memuatkan 12 lagu itu.

Pengerusi Kehormat PASPP Mohd Mazlan Ayob berkata album tersebut merupakan album pertama yang diterbitkan pihaknya bertujuan membantu mempromosikan negeri ini kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Projek ini bermula hampir dua tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami menghimpunkan anak-anak seni Pulau Pinang termasuk David untuk bekerjasama dalam projek ini," katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran album itu George Town semalam.

Dalam pada itu, David berkata dia berehat sebentar daripada dunia seni selama dua tahun selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

"Mazlan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan anak-anak seni Pulau Pinang yang lain bagi menghasilkan album ini dan saya bersetuju dengan harapan lagu ini dapat mempromosi negeri ini kepada pelancong serta membantu anak seni selepas terkesan dengan pandemik," katanya. - Bernama

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN