web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Dawn FM’ Kejutan Awal The Weeknd

The Weeknd menampilkan sejumlah nama besar industri hiburan dan muzik dalam album terbaharunya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Abel Tesfaye atau lebih dikenali sebagai The Weeknd memulakan tahun 2022 dengan buah tangan terbaharunya berjudul, Dawn FM

The Weekend mengumumkan pelancaran albumnya lewat sebuah video pengenalan yang dikongsikan di akaun rasmi media sosial.

Untuk pengetahuan semua, album ini bakal menampilkan sejumlah nama besar industri hiburan dan muzik seperti Lil Wayne, Tyler The Creator, Quincy Jones, Oneohtrix Point Never dan aktor Jim Carrey.

Suara Jim Carrey menghiasi salah satu video pengenalan dengan sebutan permulaan,  “You are now listening to 103.5, Dawn FM. You’ve been in the dark for way too long. It’s time to walk into the light and accept your fate with open arms.”

Mungkin ramai tertanya, kenapa The Weeknd memilih Jim Carrey untuk berkolaborasi sedangkan dia bukanlah seorang pemuzik.

Sebenarnya, kemunculan Jim Carrey dalam album ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kedua-dua selebriti ini telah berkawan bertahun-tahun lamanya malah mempunyai hubungan yang sangat akrab.

Menurut hantaran Twitter Jim Carrey baru-baru ini, dia berkata bahawa Dawn FM adalah album yang mendalam dan elegan.

“Saya telah mendengar album Dawn FM bersama Abel malam tadi. Album ini deep dan elegan hingga membuatkan saya menari di sekitar ruang bilik. Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian projek muzik Abel,” katanya.

Dawn FM adalah album studio kelima The Weeknd dan merupakan lanjutan album hit beliau bertajuk After Hours

The Weekend telah mempertaruhkan single ‘Take My Breath’ pada Ogos tahun lalu sebagai lagu pertama album ini dan diikuti dengan kolaborasinya bersama Swedish House Mafia dalam single ‘Moth To A Flame’.

Apa yang menarik tentang album ini adalah spekulasi hubungan romantik antara The Weeknd dan pelakon ternama Angelina Jolie. Hubungan mereka semakin hangat diperkatakan setelah lagu-lagu dalam album tersebut didedahkan kepada publik. 

Setelah membedah lirik lagu-lagunya, ramai peminat percaya dan berkongsi pendapat bahawa kebanyakan lagu berkait rapat dengan hubungan antara pasangan itu.

Mana tidaknya, pada 2016, penyanyi itu pernah menggunakan nama Angelina dalam lirik lagu ‘Party Monster’.

Bukan itu sahaja, warganet pernah membuat andaian bahawa lirik single ‘Here We Go… Again’ sebenarnya ditujukan kepada Angelina.

Ia secara jelas menggambarkan diri Angelina yang merupakan seorang pelakon terkenal Hollywood yang telah membintangi banyak filem. Tambah pula dengan lirik lagu ‘Starry Eyes’ yang seumpama menggambarkan kisah lama Angelina bersama bekas suaminya, Brad Pitt.

Kisah the Weeknd dan Angelina mula mendapat perhatian orang ramai apabila mereka dilihat keluar bersama pada Jun tahun lalu.

Album terbaharu The Weeknd berjudul, Dawn FM boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 19 Januari 2022

Gambar: Universal Music dan Instagram @theweeknd

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN