web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PPM Lega Siasatan SPRM Selesai 

Pegawai SPRM telah memulangkan semula dokumen yang telah diambil dari premis PPM pada 17 Disember 2021 selepas selesai siasatan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 8:05AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada sebarang tindakan lanjut yang dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mereka melawat premis Public Performance Malaysia (PPM) dan mengambil dokumen tertentu untuk membantu siasatan terhadap badan pelesenan terbabit. 

Bahkan, selepas menyelesaikan siasatan mereka, pegawai SPRM telah memulangkan semula dokumen yang telah diambil dari premis PPM pada 17 Disember 2021. 

Pengerusi PPM, Rosmin Hashim berkata, sebagai Badan Pelesenan yang profesional, telus dan bertanggungjawab, PPM akan sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua perkara yang memerlukan perhatian mereka.

“Kami sentiasa dan akan terus mematuhi semua undang-undang berkaitan operasi Badan Pelesenan. Kami akan terus mewakili kepentingan ahli kami dan industri muzik dengan integriti tertinggi.

“Lembaga pengarah PPM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai SPRM yang terlibat kerana berhemah dan profesional semasa menjalankan siasatan. 

“Dengan pengembalian dokumen berkaitan, kami percaya isu ini telah berakhir dan boleh bergerak ke hadapan untuk terus mewakili kepentingan ahli kami secara terbaik” tambah Rosmin lagi.

SPRM membuat siasatan ke atas PPM berhubung tiga artikel yang dikeluarkan sepanjang Oktober 2020 mengenai tuduhan terhadap isu royalti yang melibatkan badan-badan pelesenan kutipan royalti yang ada di Malaysia termasuk PPM. 

Artikel-artikel tersebut adalah 'Tussle over RM30 million unpaid royalties for recording artistes' yang dikeluarkan pada 3 Oktober 2020, 'Artistes seek MACC probe of ‘hidden hands’ in royalties fiasco' (6 Oktober 2020) dan 'Probe MYIPO for giving PPM right to distribute artistes royalties, Karyawan tells MACC' (26 Oktober 2020). - Getaran, 19 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN