web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orangnya Gila-Gila, Yasser Berbakat Nyanyi Lagu Irama Malaysia

‘Senandung Anak Melaka’ merupakan lagu tema untuk mempromosikan Melaka sebagai Kota Pelancongan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 3:08PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka disebalik karakter gila-gila dan suka berjenaka, penyanyi Yasser Atakk berbakat dalam membawakan lagu irama tradisional.

Pemilik nama sebenar Yasser Fikri  Abu ini tampil dengan lagu terbaharu yang juga lagu tema untuk mempromosikan Melaka sebagai Kota Pelancongan bertajuk 'Senandung Anak Melaka'. Bukan itu sahaja, lagu ini turut mendapat sentuhan istimewa Fauzi Mohammad dan Siso Kopratasa. 

Ilham yang mencetuskan lagu ini datang daripada Fauzi Mohammad yang pada ketika itu merakamkan lagu tema untuk sebuah teater di Melaka.

“Yasser Fikri telah dipilih sebagai penyanyi atas kebolehannya. Selain menyanyi, Yasser juga menulis lirik. Kegemarannya memparodikan lagu menjadikan beliau dikenali dalam kalangan peminat seni yang selalu melayari YouTube,” kata Fauzi dalam sebuah kenyataan. 

Namun begitu, Yasser mengakui ini merupakan pengalaman baharu untuknya yang belum pernah terlibat dengan mana-mana proses rakaman suara sebelum ini.

“Saya menyanyi menggunakan cara sendiri iaitu suara yang saya gunakan semasa memandu kereta. Alhamdulillah, ia berhasil sehinggalah lagu ini berjaya direkodkan.

"Apapun yang terjadi, saya mesti cuba yang terbaik bagi menjaga kualiti agar lebih ramai dapat mengetahui secara meluas genre lagu tradisional ini," katanya. 

Menurut Siso selaku penulis lagu, karya ini dihasilkan untuk membawa pendengar mengimbau kembali kegemilangan Melaka satu ketika dahulu sebagai Venice timur yang sangat dikagumi oleh pedagang dari barat.

Siso berharap karya yang dihasilkan oleh Fauzi Mohamad dan dinyanyikan oleh Yasser Fikri ini bakal menjadi sebuah lagu yang dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka. 

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming YouTube dan iTunes. Anda boleh menyaksikan lagu ‘Senandung Anak Melaka’ di saluran YouTube Luncai Emas  dan di semua saluran digital. - Getaran, 12 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN