web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Luahan Hati Zamaera Dalam Album ‘Heart Break To Heal’

Rapper wanita popular, Zamaera tampil dengan album penuh berjudul ‘Heart Break To Heal’ memuatkan 11 lagu berdasarkan kisah hidupnya yang berdepan dengan perpisahan, patah hati dan kebangkitan. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kata orang, putus cinta itu menyakitkan. Itulah yang dirasai penyanyi rap Zamaera saat percintaannya bersama bekas kekasih putus di tengah jalan. Kesakitan itu akhirnya dizahirkan dalam  album Mixtape Heart Break To Heal yang memuatkan 11 buah.

Menariknya, album yang mengandungi enam lagu berbahasa Inggeris, empat lagu Melayu dan sebuah ‘Interlude’ ini didatangkan dalam bentuk peranti USB yang menyerupai sebuah kaset klasik. Selain itu, pembeli juga akan menerima sebuah photobook 65-halaman yang mengandungi lirik tulisan tangan dengan visual menarik.

“Alhamdulillah semenjak menjadi artis indie, saya merasa bebas tanpa mana-mana ‘ikatan’. Pandemik COVID-19 banyak membuka mata tentang apa yang saya mahukan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi. 

Heart Break To Heal merungkai kisah hidup saya dalam sebuah album yang menceritakan tentang cinta, kehilangan, pemulihan dan penemuan semula diri saya,” katanya.

Salah satu trek yang terkandung dalam Mixtape tersebut yang berjudul ‘Jaga Diri’ menceritakan tentang kisah percintaan Zamaera.

“Saya akhirnya belajar untuk lepaskan apa yang sudah berakhir. Saya telah melalui fasa derita, sedih dan pada ketika itu saya tidak berasa marah pada bekas kekasih lagi. Secara jujurnya saya hanya mahukan yang terbaik buat dia. Apa yang penting sekarang adalah jaga diri dan hanya menyayangi dari kejauhan.

"Lagu 'Glow' pula saya tulis berdasarkan rasa percaya diri dan mahukan perubahan, ibarat seekor ulat beluncas dalam kepompong bertukar menjadi rama-rama yang terbang bebas. Lagu ini berkisar tentang keluarga dan kerjaya, bagaimana saya bangkit daripada permasalahan tersebut.

“Kesemua lagu yang terkandung dalam Mixtape disusun mengikut aturan kronologi hidup saya kecuali ‘Distance’ dan ‘Syukur’ yang saya letakkan ketika segalanya bermula dengan kekecewaan, kehilangan dan penderitaan yang kemudiannya perlahan-lahan menuju refleksi diri, penerimaan dan penemuan. 

"Kalau pendengar amati track pertama iaitu 'Interlude', ada bunyi tangisan saya yang kemudiannya berubah tenang sambil berkata kepada diri sendiri semuanya akan beransur okay,” katanya. 

Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen mengambil masa selama lapanbulan untuk menyempurnakan Mixtape tersebut agar ia betul-betul kena dengan cita rasa dirinya yang sebenar.

“Semuanya bermula pada April lalu, saya memperuntukkan masa selama lima bulan untuk menulis semua lagu. Proses rakaman pula berlangsung selama sebulan di Studio Mass Music bersama produser muzik yang hebat iaitu saudara Ming-A-Ling atau Ming.

"Manakala, proses adunan dan mastering pula makan masa sebulan,” kongsinya.

Album Mixtape Heart Break To Heal boleh mula dibeli di laman sesawang rasmi zamaera pada harga RM69.00 seunit beserta photobook istimewa 65 halaman. - Getaran, 12 Januari 2022.

Gambar: Zamaera 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kerana Cinta Abang Merana...

3

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Gimik Untuk Lariskan Album - Sissy Imann Nafi Sengaja Cetuskan Drama ‘Kecewa’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN