web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


"Penting Sangatkah Artis Versatil?" - Aubrey Suwito Kritik Program Nyanyian Tempatan

Aubrey berpendapat, kualiti seseorang penyanyi tidak wajar diukur melalui kebolehan mereka untuk menyanyikan pelbagai genre muzik semata-mata. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 8:47AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit muzik dan komposer terkenal, Aubrey Suwito mengkritik konsep dan pengelolaan pertandingan realiti nyanyian tempatan yang menungang nama versatil namun sebenarnya hanya menyekat kreativiti seseorang artis.

Aubrey berpendapat, kualiti seseorang penyanyi tidak wajar diukur melalui kebolehan mereka untuk menyanyikan pelbagai genre muzik semata-mata. 

“Semua orang boleh digelar penyanyi tak kiralah kalau dia bernyanyi di pub atau gereja sekalipun. Namun, artis berbeza. Artis yang berkualiti tidak hanya sekadar boleh menyanyi malah mempunyai ilmu mengenai pitch (nota), teknik, dan feel

“Ada tiga kriteria untuk seseorang penyanyi itu digelar artis berkualiti. Mereka mesti mempunyai jenama tersendiri iaitu suara mereka. Anuar Zain misalnya, kalau kita tutup mata sekalipun, kita tahu yang dia sedang bernyanyi hanya dengan mendengar suaranya. 

“Selain itu, mereka mesti mempunyai imej tersendiri iaitu penampilan yang mereka bawa. Setiap artis pula dijaga oleh artists and repertoire yang memastikan sama ada sesebuah lagu itu sesuai atau tidak untuk dibawa oleh suara dan imej penyanyi mereka,” jelas Aubey ketika dihubungi Getaran. 

Menurut komposer lagu 'Layarlah Kembali' itu lagi, setiap penyanyi mempunyai genre muzik tertentu yang dibawakan mereka. Sekiranya artis itu ingin membawakan muzik daripada genre yang lain, ia akan memakan masa bertahun-tahun kerana perlu melalui proses pemikiran dan perancangan.

“Kita ambil contoh Dayang Nurfaizah, dia dikenali sebagai penyanyi pop RnB selama bertahun-tahun. Cuma baru-baru ini kita lihat dia hadir dengan album Belagu  yang muziknya ke arah klasik dan tradisional. Dayang mengambil masa yang lama untuk merancang nyanyian dan muzik dalam album itu,” katanya lagi. 

Menurut Aubrey, jika program nyanyian tempatan menyediakan tugasan mingguan yang meminta artis menyanyikan genre yang ditetapkan dan bertentangan dengan  jenama seseorang artis itu, ia akan membuatkan peminat artis itu keliru.

Bukan itu sahaja, komen-komen yang diberikan juri pula seolah-olah menyekat kreativiti artis seperti mempersoalkan susunan muzik dan gaya persembahan yang tidak sama dengan penyanyi asal.

Produksi televisyen seharusnya mengetengahkan konsep nyanyian yang tidak mengekang bakat dan kreativiti seseorang penyanyi. 

“Contohnya seperti pertandingan nyanyian 'One In A Million', setiap minggu ada tema tertentu dan terpulang kepada peserta untuk menyampaikan lagu tersebut dengan gaya dan caranya tersendiri.

"Katakanlah cabaran minggu itu ialah tema P. Ramlee, Suki yang pada waktu itu sangat muda membawakan lagu-lagu P. Ramlee dengan cara dan genre nyanyiannya. Ia sangat berlainan dengan gaya P. Ramlee dan itulah yang seharusnya terjadi," katanya.

Namun begitu tegas Aubrey, memandangkan ia adalah sebuah pertandingan untuk tujuan hiburan, maka pasti sesebuah rancangan mempunyai penonton yang akan menghargai pertandingan seperti ini. Maka, syarikat stesen televisyen turut mempunyai hak untuk melakukan rancangan sesuai gaya mereka.

“Cuma bagi saya, setiap artis ada bakat dan kebolehan mereka yang kita kena hormati. Jangan disuruh mereka bernyanyi seperti artis lain. Raikanlah perbezaan genre muzik dan imej setiap penyanyi,”katanya menutup temu ramah.

Gambar: Instagram @aubrey_suwito

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Twitter Berdepan Saman AS$250 Juta Daripada 17 Penerbit Muzik

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN