web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haqiem Rusli, Aina Abdul, Naim Dainel Mara Ke 'Final' AJL 36

Apa yang menarik, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Naim Daniel telah berjaya melangkah ke pentas akhir AJL 36 ini dengan dua buah lagu ciptaan dan nyanyian mereka sendiri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 11:23AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berakhir sudah pertandingan Muzik Muzik 36 Separuh Akhir yang mempertandingkan 30 lagu berbagai genre ciptaan komposer dan penulis lirik tempatan.

Acara itu diadakan selama dua malam berturut bermula 31 Disember 2021 hingga semalam (1 Januari).

Pada malam terakhir pertandingan, 12 lagu daripada 30 lagu yang dipertandingkan telah diumumkan berjaya melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36). 

Kesemua 12 lagu tersebut  adalah ‘Mimpi' - Haqiem Rusli (komposer dan lirik:  Haqiem Rusli dan Datuk A Aida), 'Sepi' - Aina Abdul (komposer: Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Nafas Cinta’ - Khai Bahar dan Aina Abdul (komposer: Khai Bahar dan Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Boneka’ - Ernie Zakri (komposer dan lirik: Omar K, Hugh dan Firdaus Rahmat), ‘Purnama’ - Naim Daniel (komposer: Amzar Radza dan Naim Daniel, lirik: Amzar Razqa) dan 'Pelukan Angkasa' - SOG X Shila Amzah (komposer: Raja Nazrin Shah, lirik: Fazleena Hishamuddin). 

Turut tersenarai adalah ‘Intan Payung’ - Noraniza Idris dan Bunga (komposer: Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, lirik: Bunga dan Siqma), ‘Salahku’ – Yonnyboii (komposer dan lirik: Yonninoii), ‘Aewo’ - Shiha Zikir Menampilkan Noki (komposer: Ezra Kong, lirik: Ezra Kong dan Noki), ‘Lara’ - Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (komposer: Hael Husaini dan MFMF, lirik: Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli), ‘Angkara’ – Siti Nordiana (komposer: Sharon Paul, lirik: Fedtri Yahya dan Nana Alias)  dan ‘Cinta’ - Marsha Milan (komposer: Bunga Cantik dan Hang Nadim, lirik: Hang Nadim). 

Apa yang menarik, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Naim Daniel telah berjaya melangkah ke pentas akhir AJL 36 ini dengan dua buah lagu ciptaan dan nyanyian mereka sendiri. Satu permulaan tahun baharu yang boleh disifatkan cukup baik bagi ketiga-tiga penyanyi dan komposer muda ini. 

Biarpun tanpa kehadiran Noraniza Idris, lagu hip hop yang digabungkan dengan elemen inang iaitu 'Intan Payung' nyanyian Noraniza Idris dan Bunga turut menjadi pilihan juri untuk ke pentas akhir AJL 36. 

Ini adalah kali pertama Bunga bakal beraksi di pentas tersebut. Begitu juga dengan Marsha Milan, Yonniboii dan kumpulan SOG. Pasti, ia bagaikan impian yang menjadi kenyataan buat mereka dan agak menarik juga apabila melihat wajah-wajah baru bakal beraksi di AJL 36 nanti. 

Namun, penyanyi yang bakal mencuri tumpuan pada pentas AJL 36 itu nanti adalah Ernie Zakri yang kini sedang sarat mengandung 7 bulan.  Bayangkan bagaimana keadaan perutnya sewaktu dia beraksi di acara akhir nanti? 

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dimeriahkan NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama dan menampilkan Oppo sebagai penaja bersama,  telah dihoskan Alif Satar dan Sissy Imann dan ia telah bersiaran secara langsung 2022 dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam. 

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir pula diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Episod pertama pada 31 Disember 2021, diserikan dengan persembahan istimewa daripada Zynakal, Lia Aziz, Asyraf Nasir, Muss dan Drama Band.

Manakala episod kedua pada malam semalam dihiburkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata ('Yang Asli'), Estranged ('Itu Kamu') dan juara 'Lagu Cinta Kita' Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley 'Haram/Bagai Cahaya'). - Getaran, 2 Januari 2022

Gambar: TV3

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN