Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Zynakal Diangkat Sebagai Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP

Zynakal mengakui anugerah yang diterima itu adalah suatu penutup yang baik dalam kerjaya seni muziknya tahun ini, apatah lagi dia agak kurang aktif pada tahun ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 5:53PM

Penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2021, Zynakal

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper, penyanyi dan komposer muda, Muhammad Raziq Rosli atau lebih dikenali Zynakal telah diangkat sebagai penerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi dalam penganjuran Anugerah MACP 2021, petang semalam. 

Anak seni kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang yang bernaung di bawah syarikat publishing Taja Archive Sdn. Bhd. ini menerima anugerah tersebut berdasarkan kepada pencapaiannya menghasilkan lagu-lagu yang hebat untuk beberapa penyanyi popular tanah air. 

Antaranya adalah lagu ‘Sabar’ yang dipersembahkan Ismail Izzani dan ‘Selamat Tinggal Sayang’ (Haqiem Rusli).

Bahkan, kolaborasi anak saudara kepada penyanyi serta vokalis kumpulan Slam, Zamani ini bersama Yonniboii pada tahun 2019 menerusi lagu ‘Sakit’ juga telah meraih lebih 46 juta tontonan di YouTube.

Zynakal berkata, anugerah yang diterima itu adalah suatu penutup yang baik dalam kerjaya seni muziknya pada tahun ini, apatah lagi dalam situasi dia agak kurang aktif pada tahun ini. 

“Sebetulnya, saya sendiri tidak sangka akan diberikan anugerah ini. Ia mengejutkan saya. Rasanya ramai yang lagi layak. Tapi mungkin, ini adalah rezeki saya. 

“Anugerah yang saya terima ini juga adalah suatu pemangkin semangat untuk saya terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik lagi pada masa akan datang. 

“Lagu ‘Sakit’ bagi saya adalah suatu karya masterpiece. Ia bukan sebuah lagu yang biasa dan tipikal seperti yang pernah saya buat sebelum ini. 

“‘Sakit’ adalah sebuah cerita tentang seseorang yang berhadapan dengan isu mental yang mana ia turut terjadi kepada diri saya. 

“Itu yang cuba saya sampaikan dan Alhamdulillah lagu itu cukup melekat dalam ingatan para pendengar,” katanya yang bakal muncul dengan sebuah album penuh pada tahun depan. 

Para pemenang Anugerah MACP 2021
Para pemenang Anugerah MACP 2021

Penganjuran Anugerah MACP 2021 yang berlangsung di The Bee Publika ini dilakukan pada skala kecil bagi mematuhi arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa selepas sambutan anugerah pada tahun lepas ditangguhkan. 

Selain Zynakal, Anugerah MACP ini turut meraikan pemenang dari pelbagai kategori iaitu Lagu Melayu Dendangan Terbanyak, Lagu Cina Dendangan Terbanyak, Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak, Lagu Tamil Dendangan Terbanyak, Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak, Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi, Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi, Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi dan Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi.

Bagi Lagu Dendangan Terbanyak, anugerah berpihak kepada lagu ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel yang dicipta penyanyi muda tersebut bersama Omar K dan lirik oleh Naim sendiri.

Pemenang anugerah Lagu Melayu Dendangan Terbanyak
Pemenang anugerah Lagu Melayu Dendangan Terbanyak

‘Sumpah’ berjaya menewaskan lagu ‘Nyawa dan Raga’ (komposer: Room None, lirik Iman Imran) dan ‘Hari Ini’ (komposer dan penulis lirik: Hael dan Ezra Kong)

Kemenangan lagu ‘I Am Me’ nyanyian pengusaha produk, Datuk Seri Vida Lagu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim sebagai Lagu Inggeris Terbanyak mengejutkan ramai.

Lebih-lebih lagi apabila menewaskan lagu ‘Man Behind The Glass’ (komposer: Farid, Fauzy, Ameerul Aswad, Gan, Afiq, penulis lirik: Ameerul Aswad) serta ‘No More’ (komposer dan penulis lirik: Sona One). 

Turut mengejutkan adalah kemenangan Huang Ming Zhi atau Namewee bagi kategori Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi menewaskan komposer legenda, Datuk M. Nasir dan Ezra Kong sebagai pesaing terdekat. 

Pemenang anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi
Pemenang anugerah Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi

Datuk M. Nasir yang Pengerusi MACP berkata, pandemik COVID-19 dan PKP pada tahun lepas menyebabkan kutipan royalti sepanjang tahun 2020 lebih banyak tertumpu kepada platform digital.

“Kalau kita lihat lagu yang mencatatkan tontonan yang tinggi di platform digital adalah dari kalangan lagu yang dipersembahkan influencer yang punya pengikut ramai. 

“Ini memang membuatkan pencipta lagu dan penyanyi yang serius berasa gusar tapi perubahan ini sedang kita alami dan harus kita terima,” katanya lagi. - Getaran, 29 Disember 2021

Berikut adalah senarai pemenang:

Lagu Melayu Dendangan Terbanyak

‘Sumpah’ 

Komposer: Omar K dan Naim Daniel 

Penulis Lirik: Naim Daniel

Lagu Cina Dendangan Terbanyak

‘Drama Queen’ 

Komposer: Quasimodo 

Penulis Lirik: Ka Xi 

Lagu Inggeris Dendangan Terbanyak

‘I Am Me’

Komposer: Edry Abdul Halim 

Penulis Lirik: Edry Abdul Halim

Lagu Tamil Dendangan Terbanyak

‘Pogiren’ 

Komposer: Prashan Sean  

Penulis Lirik: Mugen Rao 

Lagu Luar Negara Dendangan Terbanyak

‘We Da De Miao Xiao’ 

Komposer: Lin Jun Jie   

Penulis Lirik: Xiao Han  

Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi 

‘Piao Xiang Bi Fang’

Komposer: Huang Ming Zhi (Namewee)

Penulis Lirik: Huang Ming Zhi (Namewee)

Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi 

Luncai Emas Sdn Bhd 

Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi 

Universal Music Publishing Sdn Bhd 

Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi

Namewee

Komposer Muda Berpotensi 

Zynakal 

Gambar: MACP 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 5 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar